9

19.1K 1.2K 105
                                    

Keadaan kelas Tingkatan Enam Pluto agak tenang. Ketenangan yang terjadi apabila semua pelajarnya tengah tidur nyenyak setelah pening melihat kertas soalan. Ada seorang dua sahaja yang sedang khusyuk menulis. Emir seperti biasa, menyembah meja.

Aku geleng kepala. Bila lagi nak berubah agaknya?

Tunggu kiamat? Jahatnya aku.

"Kelas, awak ada 5 minit lagi sebelum masa menjawab tamat." Suaraku memecah keheningan kelas yang umpama dilanggar garuda.

Separuh kelas mengangkat muka mamai. Separuh lagi masih menyambung pelayaran ke alam mimpi. Aku mengeluh. Kalau beginilah perangai, macam mana nak dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan?

Tepat jam 11, aku bangun mengutip kertas jawapan. Sambil melepasi setiap meja pelajar, aku perasan muka Emir lebam lebam.

Gaduh lagi ke? Dengan siapa?

Aku geleng kepala.

"Emir, bangun." Aku goncang tubuh keras Emir.

"Emir."

Aku goncang lagi. Ada ketika aku rasa ada haba yang keluar dari badan Emir.

Demam?

"Emir. Bangun. Masa menjawab dah tamat." Arahku seraya mengambil kertas jawapan di atas meja. Aku perhatikan sebentar jawapan Emir sebelum berpaling ke arahnya yang sedang terkebil-kebil memandang ke hadapan.

"Awak deman ke?"

Mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak. Emir diam tanpa berkata. Aku jongket kening sebelah.

Ajaib. Selalunya masa ni aku dah kena sembur dah.

Suka ke kena sembur dengan Emir? Gila. Aku bukan masochist.

Aku berpaling semula ke arah hadapan setelah selesai mengumpul kertas jawapan.

"Kelas, senyap sekejap."

Tak habis lagi ucapan, kesemua pelajar Tingkatan Enam Pluto sudah bersorak kegembiraan. Mentang mentang esok cuti dan hari ini merupakan last peperiksaan sebelum ujian sebenar STPM bermula pada bulan 11 nanti.

"Merdeka. Yahooooooo!" Suara Vera sudah bersorak girang. Umpama berjaya menjaringkan gol nampak gayanya.

"Ohh yeah! Aku macam nak salsa aje ni." Andre tambah kenyataan.

Aku geleng kepala. Baru ujian penilaian kat sekolah. Bukan STPM yang sebenar.

"Weh, plan lepas ni? Go on tak?"

Munif bersuara sambil hi-5 dengan Arwish.

Aizat jeling Emir yang masih menyembah meja. Aku kerut dahi. Walaupun tangan masih lagi sibuk menyusun kertas jawapan pelajar, aku perhatikan mereka masih lagi sibuk menyusun rancangan untuk bercuti.

"Nady, kali ni travel mana?"

Aku jeling wajah Nadyra yang ditempek dengan make up tebal. Nadyra pandang kukunya.

"Australia kot. Cuti lepas kat London."

Aku teguk air liur. Makk aihhhhh. Aku sendiri, berumur 25 tahun, tak pernah lagi jejak oversea. Double over the sea, sekadar ke Semenanjung, itu pun dah cukup.

"Kelas."

"Alah, cikgu tak keluar lagi ke?"

Aku jeling lipat maut level 7 ke arah empunya suara. Karl terdiam.

"Sebelum awak mula bercuti seminggu sebab cuti Deepavali, cikgu mohon awak semua ni JANGAN simpan buku ketat-ketat dalam stor dulu sebab STPM awak tak lama lagi. Tak sampai sebulan lagi, plus minus cuti, sabtu ahad, awak ponteng, tak masuk kelas, berkabung dalam bilik PKHEM dan kena tahan kat balai polis. "

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now