22

20.4K 1.1K 48
                                    

ISNIN .

Lebih sinonim dengan 'Monday Blue'. bagi aku, sejak titah perintah babah yang muktamad untuk aku dan Emir berkahwin, hari-hariku diibaratkan sebagai the darkest and gloomiest day in the century.

Aku cuba pujuk babah untuk membatalkan rancangan perkahwinan aku dan Emir, tetapi babah tetap tegas dengan keputusannya. Entah mandrem apa yang dibaca oleh Emir ketika berdua dengan babah ketika babah meminta untuk berjumpa secara privasi dengan Emir. Aku ingatkan babah akan menolak cadangan Dr. Awal, tetapi rupa-rupanya tidak!

Malah dia yang bertindak sebagai sekutu rapat Dr. awal dan berfungsi sebagai penyokong utama rancangan tersebut. Mahu meraung aku ketika itu. Siapa yang mahu dikahwinkan dengan budak berumur 22 tahun yang banyak rekod hitam di sekolah dan keluar masuk balai polis?

Kau rasa?

Akal logikku sudah awal-awal menolak idea gila ini.  Hati pun sepakat menyatakan benda yang sama. Semalam, ketika aku bersendirian di dalam bilik, aku menangis sepuas-puasnya. sesungguhnya aku tidak kuat untuk menghadapi dugaan yang terjadi ini.

Perkahwinan bukan perkara main-main. Bersuamikan Emir, aku tidak tahu apa yang akan terjadi nanti. Adakah aku ini bakal duduk sebelah dalam lokap polis jika Emir ditahan nanti? Adakah aku yang bakal menyumbatkan Emir ke dalam lokap nanti? Atau, seperti biasa aku yang akan ikat jamin Emir di balai polis kelak, membawa status guru kelas cum isteri Emir Hafiz.

Aku tarik nafas.

Aku hembus nafas. 

Mencari kekuatan yang bagaikan pudar pagi tadi apabila babah bersuara  semula untuk menyelesaikan borang pendaftran perkahwinan di sebelah pihak aku. Melayang selera  untuk menghabiskan mee goreng basah yang disediakan oleh mama awal pagi tadi. Di sebelah pihak Emir, rasanya Puan Mawardah dan Dr. Awal yang bertungkus lumus menyiapkan borang pendaftaran perkahwinan Emir.

Aku kemurungan. Kemurungan apabila dipaksa kahwin dengan Emir. Kalaulah manusia lain, rasanya boleh lagi aku memupuk perasaan terhadapnya. Tetapi dengan Emir? Kemurungan. Elok-elok boleh menghidap penyakit bipolar disorder. Kejap baik. Kejap tak. Kejap ketawa. Kejap menangis.

"Thea, okey tak ni?"

Aku menoleh. Raut wajah yang risau Cikgu Ilham menyambut pandangan mataku. Aku diam.

Kenapa tidak Cikgu Ilham yang dijadikan sebagai suami tangkap muat aku? Okey apa. Elok parasnya, ada kerjaya, stabil dan tua daripada aku. Tetapi, mahu ke Cikgu Ilham ni dengan aku?  Takut pula dah ada yang punya. Silap-silap aku pulak yang bakal diserang nanti. Hijacked 'kapal terbang' orang.

Kes naya.

Aku mengeluh.

"Kenapa ni? Thea ada masalah ke? Kalau ada, kongsilah dengan saya. InshaaAllah saya tolong semampu yang boleh."

Aku senyum kelat. Mampu ke Cikgu Ilham menolong aku?

"Takdelah. Risau dengan budak. Macam biasa. Dengan nak exam ni, cikgu yang rasa macam tak cukup aje nak diajar kat budak. Macam nak mintak tangguh aje exam tu."

Cikgu Ilham ketawa. "Ohh, itu ke?"

Aku ikut ketawa. Sekadar meredakan rasa hati yang bertamu dari semalam. Kalau ikutkan mahu sahaja aku ambil EL minggu ini semata-mata untuk mengelak daripada berjumpa dengan Emir dan mengelak daripada bekahwin dengan Emir. Kalau boleh, lari jauh daripada Sarawak. Melancong ke Singapura ke, Australia ke, Eropah ke, tak pun Afrika sana ke. Bermaustautin untuk beberapa tahun sehinggalah kes ini reda sepenuhnya.

Namun apakan daya, kerjayaku menuntut sepenuhnya tanggungjwab dan masaku. Apa akan jadi kepada anak-anak muridku nanti? Jadinya, mahu dan tidak mahu, aku terpaksa gagahkan diri untuk pergi ke sekolah, menabur bakti kepada anak bangsa.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now