5

19.7K 1.2K 7
                                    

Aku tarik nafas. Rumah sewa aku masih gelap lagi. Amira belum balik lagi nampaknya. Dengan langkah malas aku buka pintu rumah dan buka lampu. Kalau diikutkan, aku terasa malas untuk balik. Apakan daya, Isnin sudah mula sesi persekolahan. Aku balik awal pada hari Jumaat untuk mengelakkan rasa penat semasa hari Isnin nanti.

Isnin, bermakna Tingkatan Enam Pluto.

Tingkatan Enam Pluto, bermakna Emir Hafiz.

Emir Hafiz, bermaksud masalah.

Aku tarik nafas perlahan. Takpelah. Isnin baru jumpa mereka. Sabtu dan Ahad masih lagi aman. Percutian aku pun turut aman. Sangat aman sebenarnya.

Sesekali, Cikgu Ilham menghubungi aku, bertanya khabar sambil berkongsi pengalamannya di Kampung Penibung. Boleh tahan, katanya. Aku sendiri yang hairan. Tetiba boleh WhatsApp aku. Tidak pernah lagi sebenarnya aku bertegur sapa dengan aku. Selain bidangnya tidak ada kena mengena dengan aku, segala event di sekolah jarang mengumpulkan aku dan Cikgu Ilham di bawah satu AJK. Hanya berselisih saja.

Aku angkat bahu. Malas nak fikir banyak. Aku kelih jam sekilas. Baru pukul 4.30 petang. Zuhur dan Asar dah diselesaikan. Aku berkira-kira mahu tidur sekejap sebelum ke pasaraya berhampiran untuk membeli bahan dapur. Barang dapur ada yang sudah habis dan perlu dibeli baru.

Jam 5 petang aku keluar bersiap untuk ke pasaraya. Tiba di sana, entah macam mana aku terlihatkan kelibat Emir. Dia bersama dengan beberapa orang rakannya bergerak menuju ke arah belakang bangunan.

Tiba-tiba, telefon berdering mematikan mataku yang meliar mencari Emir. Aku pandang skrin fonsel. Amira.

"Assalamualaikum Amira. Ye, kenapa?"

Amira ketawa hujung talian." Aku balik Ahad. Nanti, tolong ambik aku kat airport. Touchdown nanti aku roger kat kau."

"Iye. Jangan lupa bawak balik kopok lekor dengan aku."

"Haa.. Ye. Nanti aku bawak balik. Lagi pesanan?"

"Takde dah. Bye."

Aku menamatkan talian. Amira mengucapkan salam dan aku hanya menjawab di dalam hati.

Sambil membeli barang, aku tertanya-tanya tentang Emir. Sebenarnya, dalam akademik; kerana rekod yang diterima daripada sekolah terdahulu keputusannya baik-baik sahaja. Tetapi segi disiplin, memang dah lepas takat negatif 10 agaknya. 2 kali bertukar sekolah akibat bergaduh, merosakkan harta benda dan langgar peraturan sekolah.

2 kali repeat paper STPM. STPM tak payah belajar kat sekolah dan hadir sebagai calon persendirian pun sebenarnya boleh, tapi disebabkan oleh desakan keluarga Emir sendiri ( kata Pengetua), jadi Emir didaftarkan di semula di sekolah ( private school). Mungkin untuk mengubah sikapnya.

Aku kerut dahi. Daripada dok fikir tentang Emir, baik aku pening fikir tentang mayonis. Antara mayonis salad dan mayonis biasa, mana satu lagi sedap?

Mayonis salad.

Aku segera ke kaunter apabila jam menginjak ke waktu maghrib. Tiba di rumah, aku selesaikan tuntutan wajib sebelum berehat menunggu waktu isyak. Sebelum balik, aku sempat singgah ke kepci sekejap. Bungkus balik dan makan di rumah.

Entah kenapa hatiku tidak berasa sedap malam ini. Bagaikan ada sesuatu yang bakal berlaku. Selalunya instict ini terjadi apabila... Tiba-tiba  deringan telefon aku berbunyi. Aku pandang skrin fonsel.

Agak dah. Sudah kuduga. Tak lain tak bukan.

Panggilan daripada rumah ketiga Tingkatan Enam Pluto selepas sekolah dan bilik PKHEM.

Bingo.

Balai polis.

"Ye, saya Althea. Panggilan daripada balai polis kan. Siapa pulak kali ni ye kak?"

Kak Hani ketawa kecil. Pegawai polis perempuan yang sudah biasa menghubungiku berkenaan kes Tingkatan Enam Pluto.

"Macam biasa Althea. Cepat datang ye."

"Baik kak. Kejap lagi saya sampai."

Aku tamatkan panggilan. Keluhan kasar terkeluar dari mulutku. Baru nak hidup aman dari balai polis ni.

Apa pulak masalah yang dibawa Emir kali ni? Pecahkan rumah CM? Aku membebel di dalam hati. Kepada Amira, aku sampaikan permintaan aku untuk meminjam keretanya. Aku khabarkan rumah ketiga, dia sudah faham maknanya.

Sampai sahaja aku di balai polis, aku meluru ke arah Emir yang sedang duduk di hadapan pegawai polis. Di tepinya ada Aizat dan Kea Hin. Aku kerut dahi.

"Cikgu." Panggil Aizat sepatah.

Kea Hin menoleh ke arahku dengan riak bersalah. Muka mereka berdua lebam, muka Emir tidak pasti. Dia kelihatan selesa memandang ke arah lain.

"Ye, saya Nuralthea Hazami, guru kelas mereka." Dan, aku mulakan urusan ikat jamin dan pegawai polis yang bertugas pada malam itu.

Hampir setengah jam di balai polis, aku keluar menarik nafas lega bersama mereka bertiga.

"Awak bertiga ni ada orang ambik tak?"

Aizat dengan Kea Hin geleng kepala. Emir diam membeku. Mukanya calar sedikit dan lebam di sebelah pipi kiri. Aku tarik nafas.

"Jom pergi klinik kejap. Settlekan lebam-lebam dengan luka-luka kamu tu." 

Aku pusing depan, membuka pintu kereta. Aizat dan Kea Hin mengikutiku. Manakala Emir diam.

"Aku balik dulu, Zat, Kea Hin."

Aku kerut dahi. Balik dengan keadaan macam tu? Biaq betiq budak sekor ni.

"Dah, Emir. Awak masuk sekali dalam kereta ni. Cikgu bawak pi klinik dulu dan hantar awak balik."

Aizat dan Kea Hin sudah sedia membuka pintu belakang kereta. Mereka menoleh kembali ke arah Emir.

"Tapi luka kau..."

"Aku boleh ubat sendiri."

Aku geleng kepala. Degil.

"Dah, tak payah tunjuk degil kat sini. Sakit buat cara sakit."

Aku gapai lengan Emir dan heret masuk dalam kereta. Pada mulanya Emir menolak, berkeras tidak mahu ikut. Namun, bila aku gertak mahu panggil pihak polis sekali lagi, dia segera masuk dan duduk di tempat duduk sebelah pemandu sambil hempas pintu dengan kuat.

Mahu tercabut jantung aku ni nanti kalau pintu kereta Amira ni tanggal tengah jalan, gara-gara kena hempas dengan budak bertuah sekor ni.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now