SIAPA TU?

161 10 0
                                    

Malam ni ialah malam minggu. Tia terlupa bahawa dia ada perjumpaan ahli persatuan KKD di cafe kolej kediaman mereka.

"Harini aku ada apa-apa aktiviti ke eh?" Omel Tia sendirian. Dia berfikir sejenak dan akhirnya dia tertidur.
*Tok Tok Tok*

Tia terbangun secara mengejut kerana ketukan di pintu amat membingitkan telinga. Tia bangun dari pembaringan dan menuju ke pintu.

"Omak aii hantu bungkus" Tia melatah kerana terkejut dengan kehadiran rakannya Qilah dengan muka yang ditepek kan dengan mask yang bewarna hitam.

"Kau dah kenapa datang bilik aku ni?"
"Laa macam tak biasa pulak kau ni, aku bosan la dalam bilik tu sorang-sorang"
"Lantak kau ah. Yang penting jangan kacau aku tidur"

Tia terus melelapkan mata tanpa mempedulikan Qilah. Kemudian Qilah bersuara "Tia aku nak pegi toilet kejap,  kau jangan kunci pintu tau" "Hmm k" balas Tia dgn malas.

20 minit kemudian Qilah masuk ke bilik Tia dan mengejutkan Tia. "Woiii, mak nenek bangun lah. Kenapa kau tak datang mesyuarat KKD tadi? Nasib baik diorang tak panggil nama semua ahli KKD kalau tak kau kena denda"

Tia memandang muka Qilah dengan pandangan tak puas hati. "Kau kalau nak pegi mesyuarat tu kejut lah aku. Ni tak keluar pergi tandas pastu biar pintu bilik tak berkunci then terus pegi mesyuarat tu sorang2" bebel Qilah.

"Kau dah kenapa? Sejak bila pulak aku pegi toilet? Kau yang tak kunci pintu pastu nak salahkan aku" Qilah balas dengan perasaan yang bengang. "Dah la aku nak masuk bilik. Kunci pintu. Roomate kau tak balik bilik harini. Dia bagitau aku dia tidur rumah kawan dia" Sambung Qilah dan terus tutup pintu bilikku.

Tia dah rasa tak sedap hati. Kemudian dia terus selubung badan nya dengan selimut tiba-tiba kepalanya terhantuk dinding nasib tak pengsan dan tanpa sedar dia tertidur dengan sendiri.

Esoknya,

"Weii Qilah aku nak mintak maaf pasal malam semalam yang aku marah and tuduh kau tu. Aku tertidur smpai terlupa ada mesyuarat KKD. Aku rasa aku mengigau then bukak pintu sendiri kot" Tia minta maaf.

"Mende kau merepek ni? Bila pulak aku datang bilik kau? And mesyuarat KKD tu aku pun tak pegi. Sebab aku teman Dira ambik barang kat rumah dia. And aku malas nak drive so aku tidur rumah dia. Ok lah aku ada kelas. Chaw lu. Bye" Qilah pun berlalu pergi meninggalkan Tia sendirian.

'Wait what? Maksudnya Qilah takde kat area kolej la semalam? Habistu 'Qilah' mana pulak yang masuk bilik aku 2 kali? Takkan aku mengigau? Sakit akibat hentakkan di dinding masih terasa. Tak mungkin aku mimpi' monolog Tia.

-THE END-

Short Horror Story (SHS)Where stories live. Discover now