KELIBAT

115 8 2
                                        

Riuh rendah suasana dalam bilik arsama A14 kini menjadi sunyi sepi menandakan ramai sudahpun penat dan mula untuk tidur setelah berjam-jam membuat bising.

Keadaan bilik yang gelap hanya bercahayakan lampu di koridor luar memasuki ruangan tingkap bersebelahan pintu keluar masuk. Afrina yang masih lagi terkebil-kebil mata bulatnya kerana tidak boleh lelap. Mungkin angkara secawan kopi pekat tadi.

Cepat la tidur! Kata Afrina dalam hati sambil kedua-dua tapak tangganya dilekapkan dimatanya. Tangannya dijatuhkan kebawah dan dia mendengar sesuatu bunyi bising dari arah luar bilik.

Kedengaran bunyi tapak kaki berlari-lari anak. Bunyinya makin kuat seakan menuju ke arah bilik asrama dia. Kelibat seseorang lelaki berbadan sasa dengan tangannya memegang pisau belati melintasi tingkap bilik tersebut.

Berdegup kencang bagai mahu pecah jantung Afrina ketika itu. Dia hanya mampu menangis dalam ketakutan. Tombol pintu bilik asrama itu di pusing-pusing beberapa kali sebelum kelibat 2 orang lagi melintasi tingkap tersebut.

Bunyi tapak kaki tersebut telah beredar dari situ. Agak lega buat Afrina. Dia mahu sahaja menjerit tetapi tidak mampu. Malam itu Afrina melelapkan matanya dengan segera.

Esoknya dia terjaga dari tidur dan melihat semua rakan sebiliknya berlari keluar. Kelihatan kecoh di hadapan bilik asrama A20. Terngiang-ngiang telinganya mendengar perkataan “ada orang kena bunuh”. Terkejut besar Afrina.

Dengan tidak sengaja dia memalingkan kepalanya ke arah blok seberang dan melihat ada seseorang sedang memerhatikannya sambil meletakkan pisau belati di leher menandakan Afrina bakal menjadi mangsa seterusnya.

-END-


Kisah seterusnya adalah berkaitan dengan lagu yang tengah femes skrg. 'Tak Tun Tuang'. Kisah benar dari member sis sendiri. Tiada kaitan dengan lagu yang berhantu atau apa2 pun. Kalau nk tau tunggu kisah seterusnya.

Short Horror Story (SHS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang