Pisau pemotong sayur berlumuran darah. Lantai dapur beralaskan turbin seakan banjir dipenuhi titisan cecair berwarna merah pekat.
John menggeletar sambil memegang pisau di tangan. Dia tidak menyangka perkara itu bakal berlaku. Niatnya yang ingin bergurau senda dengan isteri tersayang kini menjadi tragedi yang mengerikan. John telah membunuh isterinya!
Oleh kerana terlalu cemas dan takut, dia mencuci pisau di singki. Di hadapan ada tingkap yang terbuka. Berhadapan dengan rumah jirannya. Matanya meliar memerhatikan kawasan persekitaran takut-takut ada yang ternampak.
Jangkaannya tepat. Mila, jirannya sedang memerhati tindak-tanduknya. Mila yang berwajah pucat menyaksikan pakaian John yang penuh dengan darah. Wanita itu segera berlari ke arah ruang tamu rumahnya. Mungkin ingin membuat laporan.
Kepala John seakan mahu pecah kerana tertekan dengan situasinya sekarang. Dia tidak boleh berbuat apa. Nak merasuah? Nak tutup mulut Mila? Nak suruh Mila diamkan diri? Semuanya tak akan berkesan kerana dia tidak ada hak. Wanita itu akan tetap melaporkan perkara yang dilihatnya. Kalau tidak sekarang mungkin nanti. Hanya satu idea yang muncul dalam kepalanya. Bunuh! Itu sahaja yang boleh menghentikan Mila daripada melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
John segera berlari ke luar rumah sambil tangannya memegang pisau pemotong sayur. Diselitnya ke poket seluar. Tanpa membuang masa, lelaki berusia 30 tahun itu melompat ke pagar sebelah rumahnya. Dia sudahpun terpacak di pintu belakang rumah Mila.
Kedengaran tapak kaki wanita itu menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipulas. Tangan John segera menghayun dan merodok perut Mila. Tubuhnya jatuh ke depan di samping darah yang menitik ke lantai bagai paip yang bocor.
John memerhati sekeliling. Tidak ada sesiapa yang melihat perkara itu. Diheretnya jasad kaku Mila kebelakang halaman rumahnya dan di tanam. John segera berlari ke arah rumah Mila dan membersihkan kesan darah yang ada.
Jiwanya kacau. Lelaki itu segera masuk ke dalam rumahnya dan membungkus mayat isterinya untuk di tanam. Semasa dia menuju ke arah belakang rumahnya, kelihatan seorang lagi jirannya melihat perkara itu. John memerhati ke arahnya sambil tersenyum. Berdesup jirannya, Mike berlari pulang ke rumah.
"Kau tak akan terlepas...", bisik John dalam hati.
Malam itu, John sudahpun mengasah pisau yang sama supaya menjadi lebih tajam. Rasa takut dalam dirinya kini sudahpun hilang. Semangatnya ingin membunuh sesiapa sahaja yang ternampak perkara yang dilakukannya membuak-buak. Dia membelek-belek mata pisau sambil berkata, "lebih baik tak nampak, daripada dibunuh". Kedengaran ketawanya yang berdekah-dekah seperti orang kurang siuman.
Tepat jam 10.00 malam, dia bergegas menyiapkan diri untuk menuju ke destinasi seterusnya. Rumah Mike. Malanglah nasib jirannya itu.
*************************************
Seminggu kemudian hebohlah berita, surat khabar, laman sosial berkenaan kematian 2 orang awam. Ada yang kata mati mengejut. Ada yang kata mati di bunuh. Ada yang kata bunuh diri. Semua itu hanya menggelikan hati John. Dia terasa cukup bangga kerana tiada siapa yang tahu dan mengesan di mana mayat mangsa berada.
John senang bersama pisau pemotong sayurnya. Dia akan mencari mangsa seterusnya untuk dibunuh. Sesiapa sahaja yang melihat atau mengetahui perkara itu bakal dibunuh dengan kejam, tanpa belas kasihan.
-End-
story by : Ridcreeps
![](https://img.wattpad.com/cover/127041966-288-k182281.jpg)
YOU ARE READING
Short Horror Story (SHS)
HorrorNovel ini berisikan beberapa cerita pendek bertemakan psycho dan hantu. Cerita yang akan dikongsikan tiada unsur 'mencilok' idea orang ataupun tiruan dari mana-mana novel. Jika ada berkaitan atau persamaan mungkin itu hanya satu kebetulan. So, dijam...