JANGAN BERNAFAS NANTI DIA DENGAR

210 10 0
                                    

Teddy bear, patung barbie, dan bermacam-macam lagi jenis patung memang menjadi koleksi buat Mia. Di penjuru? Ada patung. Di bilik? Semuanya patung. Nasib bukan di tandas rumahnya.

Nasihat daripada orang sekelilingnya tidak dihiraukan. Malah baginya itu semua karut dan mereka semua jealous dengan koleksi patungnya.

Malam yang dilanda hujan lebat ditambah lagi dengan bunyi guruh di langit membuatkan Mia terasa kecut perut. Mana taknya, guruh yang kuat membuatkan bekalan elektrik rumahnya terputus. Hanya dia dan patung-patungnya sahaja di rumah.

Matanya ligat memerhati telefon bimbitnya. Sial! Lupa nak charge. Dah nak mati pula.

Mia mencapai patung teddy bear bersaiz 4 kaki tingginya lalu dipeluknya erat. Bulunya yang lembut, licin dan gebu membuatkan matanya hampir saja mahu terlelap.

Rambut Mia yang panjang kedepan hampir menutupi muka dituip perlahan-lahan. Dalam keadaan mata yang tertutup rapat itu membuatkan dia makin bertambah layu. Baru Mia teringat bahawa rumahnya ketiadaan elektrik. Siapa yang tolong tiupkan? Terjegil matanya.

Tiupan angin sepoi-sepoi itu datangnya dari arah patung yang dipeluknya itu sendiri. Seakan bernafas. Tercampak patungnya ke tepi gerobok katu jati. Patung teddy bear itu hanya terduduk kaku.

Pancaran cahaya kilat yang menerangi ruang bilik Mia membolehkan dia nampak susuk tubuh patungnya yang tidak jauh daripada tempat dia melontar. Sesekali patungnya itu menoleh tepat ke arahnya.

Nafas ditahan. Kembang kempis dadanya cuba menahan nafas cemas daripada didengari patung yang memerhati raut wajah Mia. Dengan keadaan kedua-dua telapak tangan di mulutnya, sekali lagi mata Mia seakan mahu keluar apabila patung teddy bearnya itu berdiri.

Belum sempat ia bergerak, Mia sudahpun melompat dari katil menuju ke arah pintu biliknya dan keluar. Dia berlari ke bawah dan masuk ke dalam bilik air. Terperosok mengurungkan dirinya sehingga hari esok. Esoknya apa jadi? Wallahualam.


-END-

Short Horror Story (SHS)Where stories live. Discover now