MESEJ BERANTAI

189 11 0
                                    

Sedang sibuk Rul membelek-belek baju di geroboknya, kedengaran satu bunyi keluar dari telefonnya menandakan ada mesej baru telah Rul terima.

Dia berjalan lenggang kangkung menuju ke hujung katil untuk mendapatkan telefon.

*mesej*
[Unknown number]

"Penculikan dan pembunuhan kejam terhadap seorang budak telah tersebar. Mayatnya telah dicincang dan diletakkan ke dalam kotak. Kotak tersebut kemudiannya akan dihantar betul-betul dihadapan pintu rumah anda. Foward kepada 10 orang dengan kadar segera. Jika anda mengabaikan mesej ini, kemungkinan keluarga anda akan terkena dan bernasib malang"

Rul tercengang seketika. Mukanya berubah dan jarinya masih mengeras sama ada untuk membiarkan mesej itu atau menyebarkannya dengan segera.

"Ah, tipu je semua ni. Saja nak menakutkan aku." Keluh Rul untuk menenangkan hatinya yang sedikit cuak.

Rul mencapai beg sandangnya lalu keluar untuk mencari rezeki demi sesuap nasi. Orang bujang seperti Rul memang penuh dengan dugaan tambahan pula tinggal di kota yang serba moden dan inginkan kemajuan.

Ibu, ayah, adik beradiknya semua ditinggalkan di kampung. Rul tak mahu menyusahkan orang tuanya yang makin hari makin meningkat usia. Dia ingin berdikari!

Petang yang kelam dengan awan yang seakan mahu menumpahkan air hujan dengan lebat. Rul tersandar di dinding konkrit sambil memerhati saja pergerakkan awan tadi.

Koceknya dipegang kerana ada getaran. Telefon jenama Nokia 3310 itu disua ke muka. Sekali lagi nombor yang tidak dikenali dan mesej yang sama terpapar di skrin telefonnya. Rul hanya mengabaikan lalu meletakkan telefonnya di tepi.

Malam itu, Rul menerima panggilan berita yang berat bagi dirinya. Adik bongsunya telah hilang! Mukanya yang jelas kelihatan cemas dan risau memaksa dirinya untuk pulang ke kampung dengan segera. Malam itu juga Rul berangkat pulang.

Riuh. Kecoh. Ada yang bertengkar sesama sendiri, menyalahkan antara satu sama lain. Ibu dan ayahnya hanya termenung di sofa kulit.

Tiba-tiba Rul bersuara,
"DIAM! Aku taknak dengar korang bising-bising. Tak nampak ke ibu tengah susah hati tu?!. Esok kita cari, kalau tak jumpa sampai ke petang terus buat laporan!"

Suasana yang tegang menjadi sunyi sepi. Semua memerhatikan sahaja kemarahan abang sulungnya itu.

Tengah malam yang ditemani bunyi cengkerik yang bingit, Rul menerima satu lagi mesej yang sama. Kali ini dia benar-benar marah. Telefonnya dimatikan. Puas hati aku!

Ayam berkokok menandakan matahari sudahpun terbit. Rul yang baru saja terjaga dari lena dengan wajahnya yang sembap terkejut apabila kedengaran ibunya menjerit. Suaranya yang kuat dan nyaring itu membuatkan semua orang turut terjaga.

Rul berlari mendapatkan ibunya. Ibunya terduduk di hadapan muka pintu. Terketar-ketar tubuh orang tua itu.

Mayat adik bongsunya jelas kelihatan di mata Rul. Sama seperti dalam mesej yang diabaikan olehnya. Dikerat dan ditetak serta berlumuran darah pekat membasahi kotak. Rul kaku.

Rul menghidupkan semula telefon. Satu mesej baru diterimanya lagi.

*mesej*
[Unknown number]

Teruskan mengabai mesej ini dan malanglah nasib kamu sekeluarga. *emoji senyum*

-END-

Do you guys know about 'Tak Tun Tuang' song? Lagu tu asyik bermain di fikiran author je. Cilaka punya lagu

Short Horror Story (SHS)Where stories live. Discover now