BAYANG?

131 10 0
                                    

Kamil duduk di tepi balkoni apartment nya sambil menghirup udara atau lebih tepat menghirup asap rokok yang dihembusnya.

Kamil bermain dengan telefon pintar nya dan kemudian terdapat mesej dari rakannya Fuad

*Start conversation*

FuadGay
Weii mil kau kat ne?
Lepak mamak jom
Boring ah dok rmh

Haa jap aku siap skrg

FuadGay
Okay cun, mamak biasa eh

*End Conversation*

Kamil bersiap dan terus menuju ke tempat lepak mereka. Kamil terus menapak ke meja yang diduduki oleh rakan-rakannya. Dan dia mengambil tempat untuk menyertai 'Geng Sembang Kencang' nya.

Sambil bersembang mata Kamil meliar melihat sekeliling restoran mamak tersebut dan tiba-tiba dia terpandang seorang gadis yang berjalan melintasi jalan. Kemudian gadis itu berjalan di bawah lampu jalan. Dan gadis itu memasuki kedai mamak tersebut.

Bukan gadis itu yang menarik perhatian Kamil tapi bayang-bayang perempuan tu yang menjadi tarikannya. Gadis tu.......... Mana bayang-bayang dia?

Kamil terus pandang kehadapan apabila pandangan mata mereka bersatu. Kamil terpandangkan peti sejuk air yang terdapat berhampiran dengan gadis tersebut. Kemudian dia mendapat satu akal. Dia berdiri menghampiri peti sejuk itu dan berpura-pura memilih air.

Apabila kamil melihat pantulan di cermin itu. 'Aikk mana perempuan tadi?' Bila kamil pandang belakang gadis itu masih duduk di tempatnya. Kamil pandang semula ke peti sejuk dan hasil yang sama pantulan gadis itu tiada. Kamil dah rasa tak sedap hati dan kemudian dia duduk dia tempatnya semula tanpa memandang gadis tersebut. Tiba-tiba

'Abang cari saya ke?'

Tiba-tiba telinga kamil menangkap satu suara seperti berbisik. Ahh bayangan aku je tu. Okay abaikan.

'Saya ada dekat belakang abang ni'

Kamil terdengar lagi dan terus berpusing kebelakang. Ye gadis itu memang berada di belakang kamil. Tapi dia duduk membelakangi kamil.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Jadi mereka beransur pulang. Tiba-tiba dia ternampak gadis tadi di seberang jalan sambil memerhatikan kamil. Dan seperti biasa gadis itu tiada bayang.

'Saya ikut abang ye'

Kamil jadi tak sedap hati. Kemudian dia terus pecut ke rumahnya. Sesudah sampai di depan rumah nya. Kamil terus membuka pagar dengan tergesa-gesa.

'Abang nak tgk bayang-bayang saya kan?'

Kamil dapat rasakan bahawa dia tidak selamat sekarang.

'Abang pusing la belakang'

Kamil takut dan ingin membuka pintu dengan cepat. Tapi tiba-tiba pintu rumahnya tidak dapat dibuka. Kamil terus pusing ke belakang untuk melarikan diri. Tapi nasibnya baik kerana tiada apa-apa dibelakangnya.

'Abang nampak saya tak? Hihihi'

Kamil semakin ketakutan.

'Abang tengok la kat bawah'

Apa yang memeranjatkan kamil ialah dihadapannya sekarang terdapat bayang-bayang tanpa jasad. Badan kamil menggeletar dan keesokannya dia berada terbaring atas katil di dalam biliknya. Apa yang terjadi pada malam itu tiada siapa yang tahu. Wallahu'Alam

-THE END-

Short Horror Story (SHS)Where stories live. Discover now