NATANG PA TU?

60 3 1
                                    

Nabil telah dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan.

Pada malam pertama dan kedua Nabil check in kat hospital tu, dia tidak merasakan sesuatu yang aneh sehingga tibalah malam yang ke-3.

Seperti malam-malam sebelumnya, jika dia tidak dapat melelapkan mata, dia akan bermain telefon atau mendengar lagu. Sedang Nabil scroll Instagram dia terdengar seperti perbualan beberapa orang jururawat dihadapan biliknya.

"Kau tau mai, aku dengar semalam ada kes kat bilik mayat tu" -nurse 1-
"Ada kes lagi? Hm biasa la dah nama pun bilik mayat confirm la ada benda mistik berlaku" -nurse 2-

'Haa baguslah, aku dah la tidur sorang boleh pulaklah telinga ni dengar apa yang diorang cakap. Tu la lain kali jangan sibuk jaga tepi kain orang. Better aku tidur' Bebel Nabil sendirian

20 minit berlalu, Nabil tetap tidak boleh melelapkan mata walaupun jarum jam sudah menganjak ke pukul 11:45. Ini bermakna ada baki 15 minit lagi sebelum waktu menginjak ke angka 12.

'Aku ada masa 15 minit lagi untuk tidur. Better aku sleep sebelum anything bad happen'

Selang 5 minit kemudian tiba-tiba Nabil terdengar nyalakan anjing bergema.

'Mana pulak datang anjing ni. Tak pernah-pernah aku dengar anjing menyalak selama aku stay sini kenapa malam ni juga kau nak buat hal?'

Nabil cuba untuk tidur walaupun dalam keadaan beraircond tapi nabil tetap berpeluh

'Takut?'

Nabil terdengar suara tetapi dia mengendahkannya

'Anak cucu Adam sungguh lemah apabila mendengar ura-ura tentangku. Hmhmhm'

Nabil seperti mahu menjerit dan lari sahaja meninggalkan hospital tetapi dia tidak seberani itu. Nabil cuba untuk buka mata dan tiba-tiba satu sosok tubuh yang berpaling membelakangi nabil kelihatan.

 Nabil cuba untuk buka mata dan tiba-tiba satu sosok tubuh yang berpaling membelakangi nabil kelihatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nabil mendakwa bahawa makhluk yang dia nampak lebih kurang seperti itu. Nabil terkejut dan kemudiannya dia pengsan akibat perutnya memulas kerana takut dan suhu badannya naik secara mendadak. Walaupun dia masih tidak sihat tetapi dia memutuskan untuk tidak stay di hospital lagi.

"Depa tawaq duit ka apa pun. Tobat aku takmau pi tidoq dah kat mana-mana hospital. Seqiau. Pengajaran la, kalau hampa takmau benda ni jadi kat hampa, better hampa kuatkan semangat. Hat aku tengok tu pun dah boleh kencing dalam seluaq ni kan pulak ada makhluk yang tak penah tengok. Confirm lagi scary."

***TAMAT***

Short Horror Story (SHS)Where stories live. Discover now