Malam ini Lisa sendirian di rumah sewanya. Rakan-rakannya yang lain sudah pulang ke rumah keluarga masing-masing kerana cuti semester sudah tiba. Lisa akan pulang ke rumahnya pada esok pagi kerana dia berasa agak malas untuk memandu kereta pada waktu malam.
"Ishh boring la sorang kat rumah. Nak tido pun awal lagi ni baru pukul 10… *kriukkk* ... Duhh lapar la pulak"
Lisa bangun dari pembaringannya dan terus menuju ke bahagian dapur
"Alaa makanan semua dah habis. Maggie satu pun takde. Roti pun dah takde ni. Lebih baik aku gi cari makanan kang tak pasal-pasal kena serang gastrik pulak"
Lisa mengambil kunci kereta Myvi nya dan terus tutup sliding door nya
"Nak kunci ke ek? Takyah la kejap je"
Myvi hitam miliknya laju meluncur membelah kegelapan malam
Selepas 15 minit Lisa pun tiba ke rumah. Dia memakirkan kereta nya diseberang jalan berdekatan taman hadapan rumahnya kerana dia malas untuk membuka pagar bagi memuatkan keretanya itu memenuhi ruang halamannya.
Setelah dia menutup enjin keretanya, dia terperasan bahawa lampu bilik di bahagian atas menyala
"Ehh tu bilik Tina dengan Ekin.. Asal tak tutup lampu? Aku masuk ke tadi? Rasanya aku baring kat bilik aku tadi"
Pada waktu itu Lisa langsung tidak memikirkan tentang hal-hal mistik. Bagi Lisa mungkin rakannya itu tertinggal barang dan akan kembali pulang ke rumah sebentar lagi. Tetapi dia langsung tidak nampak apa-apa kenderaan di hadapan rumahnya. Bahkan pagar dan sliding door tertutup rapat seperti tidak disentuh.
Sewaktu dia melangkahkan kaki kanan ke dalam rumahnya, Lisa terdengar bunyi plastik di bahagian dapur
"Siapa tu? Tina ke? Ekin?"
Lisa perlahan-lahan menuju ke bahagian dapur dan kelihatan rakannya yang bernama Fasha di situ
"Ehh sha, kau buat apa kat sini? Bukan kau balik kampung ke?"
"Memang la tadi aku otw balik kampung tapi time elok jalan tu tiba-tiba kereta aku stuck tengah jalan. Kereta aku problem so aku call mekanik and kereta aku kat bengkel so diorang la yang hantar aku balik. Btw macam mana kau tau kat rumah ada orang? Aku rasa aku tak bagitau kau pun yang aku tak jadi balik"
"Ehh bukan ke kau... Takde apa lah. Tak tadi aku ternampak lampu bilik Tina dengan Ekin terbukak tu yang aku ingat diorang balik. Rupanya kau"
"Hahaha alaa kantoi. Aku baru nak takutkan kau. Tadi aku panggil kau tapi tak menyahut tu yang aku bukak semua lampu bilik sebab nak cari kau kot-kot kau dalam bilik ke tapi lepastu aku lupa nak tutup"
"Ohh ha takpelah. Ni aku belikan maggie kot-kot kalau lapar masak la aku nak naik atas jap ambik barang"
"Lisa~ aku tido sebilik dengan kau eh malam ni. Boleh aku teman kau lagipun aku taknak la duduk sorang-sorang"
"Ehh? Haa okay"
Lisa terus masuk ke biliknya dan kemas barang-barangnya dengan keadaan yang gopoh-gapah dan gelisah. Bajunya yang lain sudah dikemas dan diletakkan ke dalam bonet kereta petang tadi. Just in case jika dia rasa rajin drive waktu malam.
Setibanya dia tiba ditingkat bawah. Fasha berdiri betul-betul hujung tangga, lalu menegurnya
"Ehh kau nak pegi mana?"
"Aku nak simpan beg ni ha. Esok pagi aku mandi terus balik je. Hehe"
"Ohh okay"
Lisa terus menuju ke kereta nya dan setelah itu dia mengangkat telefonnya. Fasha masih setia memerhatikan Lisa.
"Ehh fasha, kau nak oder pape tak? Aku nak gi mamak jap. Boyfriend aku ajak teman dia makan jap"
"Takpelah kau pegi je lah. Aku duduk rumah. Jaga rumah. Jangan balik lambat sangat tau. Dah lewat ni. Aku takut duduk sorang hehehe"
Lisa pun terus memandu keretanya menuju ke kedai mamak yang agak jauh dari rumah sewanya. Setibanya Lisa di kedai mamak terus dia call Farhan, boyfriend nya
"Hello biy. Kat mana?"
"Kat rumah la sayang. Asal ni tiba-tiba call?"
"Biy tolong biy. I takut"
"Kenapa ni sayang? U kat mana? I datang sekarang"
Setelah memberitahu tentang lokasinya Lisa terus tutup telefon dan memandang kiri kanan
Selepas hampir 30 minit Farhan pun tiba
"Kenapa ni Lisa? Berpeluh-peluh u ni. U baru lepas lari ke apa?"
"Haah i baru lepas lari dari 'sesuatu'"
"Sesuatu apa ni?"
Lisa pun menceritakan tentang apa yang terjadi sebentar tadi
"Dah tu apa yang peliknya?"
"Ishh u ni!! Okay first, Fasha kata kereta dia stuck tengah jalan, padahal pukul 8 tadi Fasha post story video adik dia and i reply story tu katanya dia dah sampai rumah mak dia. So time tu bulu roma i dah meriding naik dah. Second, dia kata nak tido sebilik? Biy, u pun tau kan yang kitorang memang roomate. Dia tu memang sebilik dengan i. Kenapa dia mintak izin pulak tiba-tiba? Lepastu lagi satu yang buat firasat i kuat mengatakan yang dia bukan Fasha ialah rambut dia"
"Kenapa dengan rambut Fasha?"
"I tau la sebab hari-hari i tengok rambut dia and rambut dia paras bahu je tapi tadi rambut dia lebih dari siku. U tak rasa pelik ke? Takkan tumbuh cepat sangat. And tadi before u datang i whatsapp Fasha tanya dia kat mana, and dia kata kat dalam bilik ngan kakak dia. Dia ambil gambar but i rasa tak puas hati so i video call dia and yeahh dia memang betul2 dengan kakak dia"
"Okayy scary af haha. So u nak balik rumah macam mana japgi?"
"I taknak balik. Sebabtu i suruh u datang sini temankan i"
"Oh ha jap i bagitau my mom yang i tak balik malam ni."
Jadi pada malam itu Lisa dan teman lelakinya itu terpaksa lepak di kedai mamak itu sampai azan subuh berkumandang
Selepas subuh, Lisa pulang ke rumah sewanya ditemani oleh Farhan. Dia harus menutup semua suis lampu sebelum pulang ke rumah parents nya.
Setelah kejadian penyamaran sesuatu itu, Lisa tidak lagi berani tinggal seorang diri di rumah itu.
*****
Nota kaki: Sebelum mereka pindah ke rumah itu, terdapat kejadian yang mengerikan telah berlaku di dalam rumah tersebut. Seorang gadis melayu ditemui mati bunuh diri di bilik bahagian atas iaitu bilik Ekin dan Tina. Lalu ibu bapa gadis tersebut menyewakan rumah itu kepada student UITM SA kerana jarak rumah dan fakulti agak dekat. Sekian.
******
Sorry gaiss sebab tak berapa seram sangat. Sis dah lama tak menulis tu yang takde idea nak buat story haha. Ilham takde la kateko. Tunggu next story pulak eh. InsyaAllah
YOU ARE READING
Short Horror Story (SHS)
HororNovel ini berisikan beberapa cerita pendek bertemakan psycho dan hantu. Cerita yang akan dikongsikan tiada unsur 'mencilok' idea orang ataupun tiruan dari mana-mana novel. Jika ada berkaitan atau persamaan mungkin itu hanya satu kebetulan. So, dijam...