Lia seorang gadis yang suka mengumpul koleksi-koleksi hantu. Contohnya seperti, gambar, video dan suara hantu.
Lia bukan seperti gadis lain yang lebih gemar mengumpul gambar, video atau lagu-lagu dari korea atau mana-mana negara je la.
Satu hari, Sofia rakan serumah Lia baru pulang dari kerja. Semasa hendak masuk ke biliknya. Sofia melintas di hadapan bilik Lia. Dan dia terdengar bunyi miss ponti mengilai. Sofia dah terbiasa dengan bunyi-bunyi tersebut jadi dia terus masuk ke dalam biliknya tanpa banyak soal.
Pada malam itu, mereka berdua duduk di ruang tamu dan Sofia mula bertanya kepada Lia,
"Lia sorry la kalau aku tanya ni, tapi kau tak boring ke dengan ghost collections kau tu? Tak takut?" -Sofia-
"Eh kau kalau tak tau apa-apa diam je la. Ada sesetengah perkara lebih baik tak tau daripada menyesal kemudian hari" -Lia-
Lia terus bangun dan menuju ke biliknya. Sofia tak terkejut kerana dia sudah mengagak itu reaksi yang akan diberikan oleh Lia apabila dia bertanyakan soalan sedemekian.
"Hishh tengok tu, kawan aku sendiri dah ingat aku ni gila suka kumpul all of this collections. Stop la kacau aku. Bagi aku hidup macam manusia biasa. Kenapa mesti aku?"
Tiba-tiba, Sofia terdengar bunyi miss ponti mengilai lagi. Dia tak syak apa-apa kerana mungkin itu tanda bahawa Lia sedang marah. Jadi dia terus menonton drama korea nya itu.
Manakala Lia sedang menutup telinga dan mata apabila miss ponti dihadapan nya itu mengilai seperti tiada penghujung.
-END-
P/S: lebih kita tak tau sesetengah perkara daripada menyesal di kemudian hari.
YOU ARE READING
Short Horror Story (SHS)
HororNovel ini berisikan beberapa cerita pendek bertemakan psycho dan hantu. Cerita yang akan dikongsikan tiada unsur 'mencilok' idea orang ataupun tiruan dari mana-mana novel. Jika ada berkaitan atau persamaan mungkin itu hanya satu kebetulan. So, dijam...