Tengah hari yang terik ditambah dengan perut yang berkeroncong lapar membuatkan Izat menjadi lesu dan tidak bertenaga. Dia boleh jadi lain macam bila tengah lapar.
Ada satu hari, dia sanggup menyelongkar dalam peti sejuk yang terdapat di sudut rumah sewanya kerana terlalu lapar. Rakan serumahnya tiada di rumah kerana sibuk dengan kerja masing-masing.
Diusapnya perut yang berbunyi seakan menangis meminta diisikan makanan. Tangannya seakan tidak terkawal menyelongkar makanan yang ada dalam peti sejuk tersebut. Semuanya segar belaka! Sambil Izat tersenyum dan menjilat bibirnya yang kering. Dia tidak minat makanan yang ada dalam tin, bersup dan masakan rendang. Baginya makanan segar dan sejuk menjadi pilihan pemuas nafsunya.
Matanya tertumpu ke arah satu bungkusan lut sinar yang berisi daging lembu yang masih merah dan segar. Sempat dia mencium dan menjilat isinya, terasa segar dan berjus. Air liurnya meleleh sedikit.
Baru sahaja hendak menerkam bungkusan itu, kedengaran seseorang membuka pintu rumah.
"Terkejut aku, kau ni Aiman!"
"Aku pun terkejut, kau buat apa?" Muka Aiman kelihatan sedikit pucat.
"Hehe takda buat apa. Ni daging lembu siapa?" sambil tersenyum.
"Erk, Hazim punya... okay la aku nak keluar balik. Bye" dengan keadaan tergesa-gesa Aiman meninggalkan Izat sendirian.
Izat segera meletakkan semula plastik lut sinar berisi daging lembu itu dan menutup rapat pintu peti sejuk itu. Cilaka! Berlapar lah dia sampai ke petang nanti. Jika bukan hari ini, mungkin esok lusa Izat akan dapatkannya semula.
- END
**********
Agak mindblow sebenarnya tajuk yg ni. Hope korang yg membaca tu fhm lah ye ;)
YOU ARE READING
Short Horror Story (SHS)
HorrorNovel ini berisikan beberapa cerita pendek bertemakan psycho dan hantu. Cerita yang akan dikongsikan tiada unsur 'mencilok' idea orang ataupun tiruan dari mana-mana novel. Jika ada berkaitan atau persamaan mungkin itu hanya satu kebetulan. So, dijam...