BURGER SPECIAL

133 11 1
                                    

Lelaki berkulit hitam manis, mempunyai ketinggian yang agak sederhana itu sibuk dengan pekerjaannya sebagai seorang pengusaha gerai burger kecil-kecilan.

Sejak dia menggunakan resepi dan stok bekalan daging baru, jumlah pelanggannya tidak pernah putus-putus. Mungkin keenakan yang sebenar sudah mula wujud di gerai Husin.

Kelihatan tiga orang rakan karib zaman sekolah memberhentikan kenderaan tidak jauh dari gerainya. Sedikit peluh meleleh keluar dari dahi jendul Husin. Mereka mengangkat tangan sambil tersenyum menuju ke gerai Husin.

"Sin, burger special satu! Aku dengar resepi baru kau ramai orang suka."

Husin menelan air liur. Terasa kelat di tekaknya. Kepala dijengukkan ke dalam peti sejuk mini. Kelihatan stok daging istimewannya tinggal satu sahaja.

Dia yang masih lagi tercegat seolah-olah tidak tahu hendak berbuat apa mendapat teguran daripada kawan-kawannya.

"Kau buat apa lagi tu Sin? Masak la cepat kami lapar ni."

"Erk... Daging special ni ada satu je. Macam mana?"

"Satu? Aduh cepat betul habis. Boleh lah! Kami nak rasa dulu kalau sedap lain kali kami datang lagi"

"Erk... okay, tunggu sekejap."

Aroma yang membuak naik ke ruang udara menghinggapi hidung tiga kawan karibnya itu. Masing-masing seakan tidak sabar untuk menikmati burger special Husin.

Husin membelah kepada tiga bahagian dan menghidangkannya kepada mereka. Dengan rakus dan berselera, mereka menyuapkan sekali gus ke dalam mulut. Hanya tangan diangkat dan menunjukkan tanda thumbs up.

Rakannya membayar dan segera minta untuk pulang, ada kerja hendak dibuat katanya. Husin kelihatan bingung dan masih menjeling-jeling peti sejuk mininya itu.

Stok sudah habis. Mana nak cari stok baru ni! Daging bekas teman wanitanya sudah habis dijual. Sungguh laku!

Mata Husin meliar memandang ke arah orang awam lalu lalang. Mungkin Husin sudah mendapat akal di mana stok baru dia seterusnya. Bibirnya tersenyum.

-END-

Short Horror Story (SHS)Where stories live. Discover now