GANGGUAN

59 3 0
                                    

Masa tu tahun 2000 aku tengah pregnant 8 bulan anak sulung. Malam tu aku tido rumah kakak aku tak tutup pintu sebab takut tiba-tiba aku nak beranak ke apa senang aku nak jerit panggil kakak. So just rapatkan je.

Tengah syok tido, tiba-tiba aku rasa macam ada benda merayap kat peha aku.Macam benda sejuk. Aku pun sentap la kaki aku, pastu terdengar bunyi 'pedepek' (cam bunyi benda jatuh kat lantai) Mula tu aku ingat tikus tapi tak mungkin sebab aku jenis tidur berselimut dan bunyi jatuh tu macam bunyi benda berat. Pastu aku nampak pintu terbuka, then ada satu mahluk berjalan keluar. Macam jalan itik, kecik je, tinggi lebih kurang bawah sikit dari tombol pintu. Aku tak nampak sangat sebab gelap. Pastu pintu tertutup balik. Masa nampak tu aku cakap "eh, ada orang" maknanya time tu aku tengah sedar dan dalam keadaan waras. Bukan mimpi. Aku kuatkan hati bangun buka lampu dan panggil kakak. Kakak tak menyahut, means tengah tidur lagi la kot. Mata aku melilau tengok satu kawasan dalam rumah tu. Takde apa-apa pun yang mencurigakan. Aku rapatkan pintu then sambung tidur. Tapi this time aku tidur dengan lampu terang benderang.

The next day, aku tanya kakak "kat rumah ni pernah ada apa-apa gangguan tak?" dia kata so far dia tak pernah kena. Tapi jiran dia bagitau orang yang pernah menyewa kat rumah kakak aku tu tak pernah stay lama. Taktau la sebab kenapa apa punca dari mana dan macam mana ianya terjadi.



**********

I'M BACK!!!!! Dah lama sis tak hapdet sebab keje sementara tunggu result espiyem baru-baru ni. And Alhamdulillah result sis amat membanggakan. And after this sis akan cuba hapdet sekiranya ada kesempatan ye. Muahh much mush love. XOXO

Short Horror Story (SHS)Where stories live. Discover now