RASA ADA BENDA

490 19 1
                                    

Digonyohnya mata yang pedih kerana terlalu lama menghadap laptop di meja belajar.

Amin beberapa kali menguap tetapi matanya tetap tidak mahu juga tidur. Fikirnya, daripada terbaring sahaja tanpa membuat apa-apa, lebih baik dia membuat sesuatu seperti menyiapkan assignment.

Sedang Amin mencari gambar di Google Images, dia terlihat satu gambar poster yang bertajuk jangan pandang belakang. Fikirannya mula melayang membayangkan jalan ceritanya.

"TAK, TAK, TAK" papan kekunci ditekan rakus. Alang-alang sudah separuh jalan dia membuat assignment, lebih baik habiskan sahaja.

Cahaya di paparan skrin laptopnya seakan malap dan kembali terang beberapa kali. Matanya tertumpu ke arah hujung sebelah kanan bawah dan melihat bateri komputer ribanya masih berbaki 30%.

Dengan keadaan hujan di luar rumah, sesekali terasa angin meniup ditengkuknya. Seram sejuk! Amin sambung membuat kerjanya dan menggadaikan masa tidur demi sesuap markah daripada lecturer.

Tangannya yang rakus menekan papan kekunci tadi kini terhenti seketika. Terasa ada benda di belakangnya. Hendak berpaling ke belakang sungguh jauh di sudut hatinya untuk membuat sedemikian. Dengan tiba-tiba Amin teringat akan gambar poster tadi, "jangan pandang belakang".

Degupan jantungnya menjadi laju serta merta. Bulu roma ditengkuknya kini berdiri tegak. Walau apa-apa pun terjadi Amin takkan melihat kebelakang.

- END -

Short Horror Story (SHS)Where stories live. Discover now