Bilik R

37 2 0
                                    

Setiap hujung minggu, sudah tentu ramai pelajar akan pulang ke rumah masing-masing. Terutama sekali pelajar perempuan. Tetapi hanya pelajar yang tinggal berdekatan sahaja lah. Berbeza dengan pelajar yang belajar jauh dari keluarga.

Shima, pelajar yang merantau dari Sabah. Sudah semestinya waktu hujung minggu dia akan tinggal di hostel sahaja.

Jumaat malam,

"Lyn, aku mau gi toilet, nak ikut ka?" - shima
"Ndak la, aku ngantuk. Kau pegi sja bah" - Lyn

Shima pun berjalan di koridor menuju ke toilet, Setibanya dia di hadapan bilik R, dia terbau satu bau yang agak tidak menyenangkan. Orang tua tua dulu kata, kalau rasa tak sedap hati jangan ditegur. Tadi tidak bagi shima, dia terus menghidu bauan tersebut.

"Bau apa ini? Ada sapa sapa ka disini? Ndak ada apa apa bah itu. Perasan ku kali"

Shima terus berjalan pergi ke toilet, belum sempat 2 langkah tiba tiba otak shima mengakses bau tersebut.

"Eh, ni macam bau darah. Ehh bukan bukan. Kau jangan ma. Kau sendiri ni. Tidak la, mungkin darah piyed ku kot. Mau cuci dulu baru boleh tidur"

Selesai shima mengeluarkan sisa makanan nya serta membersihkan pad yang sudah dipakai, dia pun menuju ke bilik.

Sewaktu dia berjalan dihadapan bilik R, dia terpandang tingkap bilik tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila tingkap tersebut berlumuran darah.

Shima terus berlari mendapatkan rakannya di bilik.

"wehh ada darah" - shima
"mana?" - Lyn
"Bilik tepi tandas tu" - shima
"ishh kau ni yang bukan bukan ja lah" - izzah
"betul. Sumpah. Tak tipu. Pecayalah" - shima
"better kita tidur. Esok pagi kita tengok" - Lyn

Keesokan harinya, di hadapan bilik R.

"Mana darah yang kau cakap tu?" - izzah
"semalam banyak. Aku pun terkejut tiba tiba takda" - shima
"bayangan kau mungkin. Sudah la jom balik bilik" - Lyn

Sewaktu mereka ingin menuju pulang ke bilik, mereka terserempak dengan makcik cleaner hostel tersebut.

"makcik, makcik dah bersihkan darah dekat tingkap bilik R tu ke?" - shima

Melihat muka makcik cleaner itu berubah menjadi masam dan marah tiba tiba Lyn bersuara

"ehh shima!! Hehe takde ape lah makcik, kawan kitorang ni mimpi semalam. Terbawa bawa sampai ke realiti. Maafkan kami ye"

"Kalau nampak apa apa jangan tegur. Jangan pandang"
Makcik cleaner itu tiba tiba bersuara

"Kenapa?" serentak mereka bertanya

"Lebih baik jangan. Untuk kebaikan"
Makcik cleaner tersebut terus berjalan tanpa memandang ke belakang.

Mereka pun pulang ke bilik dengan penuh tanda tanya.

Apa kah yang dimaksudkan oleh makcik itu? Untuk kebaikan? Mungkin ada kisah disebalik arahan itu.

Mereka tidak mahu berfikir tentang bilik tersebut. Dan terus sambung buat aktiviti mereka iaitu mengemas bilik.


**************
Ihiks sorry sebab dah lama tak up story. Sis busy lately ni.
Well propa je lebih haha. Bukan ada sesiapa tunggu pun 😂

Short Horror Story (SHS)Where stories live. Discover now