"Aku belum mandi tak tun tuang, tak tun tuang. Tapi masih cantik juga tak tun tuang, tak tun tuang. Apalagi kalau sudah mandi tak tun tuang"
Farhah sedang menyanyi kecil lagu yang sedang trending itu sambil mencuci kasut sekolah didalam toilet rumahnya.
"Ntah pape la lagu tu. Sapa la yang terfikir nak buat tajuk macam tu. Hahahha" katanya lagi sambil sambung menyanyi.
Tiba-tiba,
'Tak tun tuang, tak tun tuang'
"Aikk sapa pulak yang nyanyi tu? Takkan jiran sebelah. Kuat beno kalau nak karok nye pun"
Farhah terdengar satu suara halus seperti berbisik sedang mengalunkan lagu tersebut.
Setelah selesai mencuci kasut sekolah dia pun jemur kasutnya itu di belakang peti sejuk.
'Dia duduk seorang tak tun tuang, tak tun tuang. Mari kita teman tak tun tuang, tak tun tuang'
Farhah terdengar suara halus itu sekali lagi tapi kali ini suara itu seperti berada betul-betul di belakangnya.
"Ishh perasaan kau je tu kot paah. Takkan la setan pun tau lagu tu"
Kali ini suara itu tidak menyanyi tetapi dia huming (alaa yg kita just nyanyi tapi tak bukak mulut tu 'hmm hmm'. sis tak tau betul ke tak ejaan dia. Main taram je 😂) Farhah perasan akan sesuatu. Suara itu tidak lembut dan halus seperti tadi tapi suara itu kasar dan garau.
Tiba-tiba farhah merasakan ada hembusan nafas di belakang lehernya. Dia tidak berani untuk pusing ke belakang. Jadi dia hanya baca segala surah yang dihafalnya sahaja. Farhah terus tutup mata apabila dia merasakan meja makan belakangnya itu bergegar. Cawan dan pinggan juga berlaga antara satu sama lain.
Farhah terlampau takut sehingga terduduk di tepi kabinetnya. Dalam 10 minit kemudian, farhah membuka mata dan lihat ruang dapurnya bersepah. Farhah berdiri dan kemudian kepalanya terhantuk dengan kuat di bucu meja. Kepalanya seperti berpinar tetapi dia gagahkan juga diri untuk bangun.
Kepalanya pening jadi matanya agak kabur. Dia menggelengkan kepala banyak kali untuk menghilangkan pening. Tiba-tiba dia terdengar suara yang sama sedang huming(?) Dia merasakan bahawa kali ni dia betul-betul tak selamat. Dalam fikirannya hanya nak family atau sesiapa sahaja datang ke rumahnya.
Farhah menangis dan sekali lagi dia terduduk apabila dia merasakan seperti ada tangan sedang pegang bahunya.
Setelah beberapa minit kemudian dia rasakan seperti tiada sesiapa lagi disitu. Farhah membuka matanya dan dia terkejut kerana ruang dapurnya kelihatan sangat bersih seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Dia kemudian mengucap banyak kali. "Astaghfirullah, aku mimpi rupanya" Farhah mengurut dada dan kembali tersenyum.
'Siapa kata kamu mimpi? Hihihihi'
Suara itu berada betul-betul di sebelahnya dan pemilik suara tersebut menunjukkan dirinya yang sangat meloyakan. Muka yang berlubang seperti sarang tebuan, ulat keluar dari semua inci di muka, muka yang berlendir, mata yang tiada pupil dan tiada hidung atau mulut.
Farhah menjerit dan kemudiannya pengsan. Esoknya dia sedar yang dia berada di atas katil hospital. Apa yang terjadi keatas farhah pada hari semalam tiada siapa yang tahu. WallahuAlam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Short Horror Story (SHS)
HorrorNovel ini berisikan beberapa cerita pendek bertemakan psycho dan hantu. Cerita yang akan dikongsikan tiada unsur 'mencilok' idea orang ataupun tiruan dari mana-mana novel. Jika ada berkaitan atau persamaan mungkin itu hanya satu kebetulan. So, dijam...
