Sedih mendapat berita abang sendiri pergi tanpa sebarang tanda-tanda. Kami sekeluarga diselubungi dengan perasaan yang sungguh sendu dan terkilan.
Petang tu selepas siap dimandikan dan dikafankan, semua nampaknya sudah bersedia untuk mengusung mayat abang ke tanah perkuburan. Bak kata pepatah, malang tak berbau. Kesian abang, perkembumian perlu ditangguh atas sebab hujan yang tiba-tiba mencurah ke muka bumi dengan lebat.
Lama hujan ni! Rintih ayah. Kesian anak aku kesejukkan. Tunggu punya tunggu kami semua tertidur bersama mayat abang di ruang tamu rumah Nek Yang.
Terasa gatal digigit semut lalu aku terjaga. Masih lena dibuai mimpi ahli keluargaku yang lain. Aku yang masih tergaru-garu belakang badan kerana terasa pedih campur gatal hanya bermuka sunggul.
Ku toleh mayat abang. Elok je dia dengan berkain kafan duduk sambil melunjurkan kaki.
Sini.... tolong ketatkan sikit tali kat tangan abang ni.... dah nak tercabut.
![](https://img.wattpad.com/cover/127041966-288-k182281.jpg)
YOU ARE READING
Short Horror Story (SHS)
УжасыNovel ini berisikan beberapa cerita pendek bertemakan psycho dan hantu. Cerita yang akan dikongsikan tiada unsur 'mencilok' idea orang ataupun tiruan dari mana-mana novel. Jika ada berkaitan atau persamaan mungkin itu hanya satu kebetulan. So, dijam...