TITLES: SHE'S THE ONE BY Hayley Dawn Harper
Chapter 2: My Deal and My LifeKeesokaan harinya, Awal pagi lagi Huda suda siap menggemaskan apartment Aylee. Semua lantai sudah siap digilap dan begitu juga dengan habuk di celah-celah perabot ruang tamu itu. Gelas dan pinggan mangkuk di singki dapur juga suda dia bersihkan. Perkara terakhir yang ingin dia lakukan sekarang adalah menyediakan sarapan pagi kegemaran untuk kawan baiknya itu.
Manakala Aylee yang masih tidur dengan lena tidak mengendahkan bunyi muzik kuat dari arah ruang Tamu yang dipasang kuat oleh Huda. Lagu nyanyian Band korea iaitu Big bang bertajuk Last Dance bergema di ruangan apartment itu.
Huda baru saja siap menyediakan sarapan pagi. Dia menyediakan roti bakar untuk Aylee. Sambil menoleh ke arah Aylee yang masih terlena tidur, Huda memgambil tuala mandi dan perlahan-lahan berjalan menuju ke bilik Aylee. Dia tersenyum melihat wajah Aylee yang comel sewaktu tidur. Dia seperti tidak sampai hati mahu mengejutkan gadis itu dari tidurnya. Namun Jam di dinding sudah menunjukkan jam 10 pagi dan Huda harus segera pergi. Semalaman dia bersama Aylee tanpa memberitahu ibunya. Namun logiknya, ibunya sudah tahu, sekiranya dia tidak balik ke rumah maka dia akan bermalam di rumah Aylee.
"Aii..wake up." Kata Huda. Menarik selimut tebal yang menyelimuti gadis itu. Aylee menoleh kearahnya perlahan sambil matanya separuh terbuka. Bibirnya muncung.
"Urmmm. Dah Jam berapa?" Tanya Aylee. Perkataan pertama yang keluar dari mulutnya selepas bangun dari tidur.
"Jam 10.. bangun lah.. saya dah nak balik ni. Mak saya dah tunggu di rumah." Kata Huda. Aylee lantas bangun. Dia menguab kecil. Rambut panjangnya diusap-usap.
"Pergi Mandi lah.. busuk." Kata Huda. Aylee tersenyum nakal.
"You're so noisy. My mum also doesn't acts like you." Kata Aylee. Huda mencubit pipi gebu Aylee.
"Lepas mandi..jangan lupa makan breakfast yang saya masak untuk awak kata atas meja tu. Ada roti bakar untuk awak.. saya nak pergi dulu. Bye!"Kata Huda. Aylee hanya mengangguk. Dia berdiri mengikuti langkah Huda menuju ke arah pintu keluar. Huda tersenyum sebelum mengucap selamat tinggal kepada Aylee dan segera berlalu dari situ. Aylee segera mengambil tuala mandinya dan masuk ke bilik air.
********
Aylee keluar dari kereta dan menutup pintu kereta sebelum kakinya berlari pantas menuju ke lobi utama bangunan Mimpi Indah Production SDN. BHD . Sambil mengikat rambut panjangnya, dia menekan butang lif untuk menuju ke tingkat atas. Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka. Dia segera masuk disertai beberapa orang pekerja yang lain. Setiba sahaja Aylee di meja kerjanya, Encik Harry memanggilnya masuk ke dalam pejabatnya. Aylee hanya mengikuti arahan daripada lelaki itu."So, dah ready?" Kata Encik Harry. Aylee hanya tersenyum. Mungkin ya mungkin tidak, ataupun mungkin dia hanya perlu ikut kehendak dan peredaran masa yang sedang dilaluinya kini.
"Next week, reality shows tu akan bermula. So, episod pertama adalah berkenaan dengan sesi memperkenalkan diri kepada Mr.soulmate. Tapi sebelum tu saya nak tanya awak.." kata Encik Harry.
"Yes sir. I'm listening." Jawab Aylee. Menanti pertanyaan daripada lelaki itu. Tanpa was -was dan tanpa sebarang perasaan takut kelihatan di riak wajahnya. Encil Harry hanya memandang gadis itu. Sejak pertama kali bertemu denganya di bilik interview, riak gadis itu hampir sama sahaja. Reaksinya dalam menghadapi perkara yang terjadi seakan-akan kosong. Tidak kelihatan rasa takut, marah atau cemas. Cool. Matanya yang sayu itu membuat personalitinya sukar untuk diramal. Bukan mudah untuk membaca mindanya.
"Did you ever watched Mr.soulmate before.. I mean..the show?" Tanya encik Harry. Aylee menggeleng. Itu sahaja jawapan yang diberikan kepada pertanyaan encik harry.
YOU ARE READING
SHE'S THE ONE ✅ Completed
Romantik#RANKED 1 in OLS 18/3/2019 #RANKED 1 in Writer 6/4/2019 # RANKED 1 in OurLovestory 10/6/2019 SHE'S THE ONE By HDH Sinopis " I Come to you to reach for my dream, but it's not you. But you could possibly make it happen. But in the end, who will be my...