SHE'S THE ONE By Hayley Dawn Harper
Chapter 8: A Cozy DinnerChad mengangkat aylee hingga di hadapan pintu keretanya. Dia membuka pintu kereta dan mengusap rambut aylee. Chad juga masuk ke dalam kereta dan menghenyit mata kepada aylee.
Aylee tertawa."Oh that's so sweet chad. You think that kind of things will make me Fall for you.?" kata aylee seperti mengejek kelakuan dan tindakan Chad kepadanya. Chad menepuk bahu Aylee.
"Oh that's normal. I just want to show you how strong i am." Kata chad tersengih. Aylee mengalihkan pandangannya jauh. Kereta itu mula bergerak.
Mereka tiba di sebuah restoran makanan Seafood di sekitar resorts tersebut. Chad masih lagi merangkul pingang aylee dan sesaat pun dia tidak mahu berganjak dari gadis itu. Apabila makan malam sudah siap dihidangkan chad begitu teliti memerhatikan aylee makan. Gadis itu seperti tidak mengendahkan chad yang asyik merenungnya sejak dari tadi. Makanan yang dipesan oleh chad semua dimakannya. Tanpa risau dengan pandangan dari cameraman dan krew, termasuk chad, makanan yang terhidang di nikmatinya tanpa berfikir panjang. Chad Menepuk bahu Aylee.
"Hey.. Baby.. eat slowly.."kata chad mengambil tisu dan membersihkan sedikit makanan yang jatuh di dagu aylee. Aylee tidak mempedulikan chad.
"Stop calling Me Baby . I'm not a Baby." Kata Aylee. Chad tersengih.
"Okay eat as fast as you can.."kata chad. Aylee mengambil semua makanan dan memasukkanya di dalam mulutnya. chad tertawa.
" you know when you acts like that.."kata Chad.
" acts like whaattt.." kata aylee sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya. Chad hanya memandang wajah gadis itu.
"You're really unpredictable. "Kata chad lagi. Aylee tidak mempedulikan chad.
Setelah siap makan malam, Chad menghantar Aylee di hadapan pintu biliknya dan mengucapkan selamat malam. Esok pagi mereka harus bersiap untuk rancangan Chad yang seterusnya.
Malam itu, aylee baru selesai mencuci mukanya. Badannya terasa seperti tidak selesa. Walaupun aircond sudah mencecah kedinginan 16° degree celcius, dia masih berasa tidak selesa. Aylee duduk di sofa dan semakin lama dia berasa sukar untuk bernafas. Aylee mengambil segelas air dan meneguknya perlahan. Dia semakin cemas apabila badannya mula berpeluh dan dia berasa pening.
Chad masih termenung di dalam biliknya sambil memerhatikan kipas siling yang berputar laju. Seperti fikirannya yang tidak berhenti memikirkan tentang aylee. Dia sendiri tidak faham mengapa dirinya harus bersikap Seperti itu terhadap aylee. Dia baru sahaja bertemu dengannya. Malahan banyak perkara tentang aylee yang belum diketahuinya lagi.
Chad mengeluh. Namun hatinya tidak pernah berhenti memanggil nama aylee. Sejak kali pertama melihat gadis itu, ada sesuatu yang mengubah dirinya. Chad tidak pernah merasa atau mempunyai perasaan yang sebegitu dalam kepada seorang wanita. Selama ini sudah ramai gadis yang dikenalinya. Namun kali ini dia ingin sekali memiliki hati Aylee.
Chad mengeleng. Bagaimana jika aylee tidak pernah mahu untuk membuka hatinya untuk chad. Chad berasa bingung. Dia menoleh ke arah jam dinding. Pukul 10 malam. Chad membungkamkan wajahnya di atas bantal. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku keesokan harinya. Dia harus berjumpa Dengan gadis gadis yang lain selepas ini. Dia Seperti kehilangan idea untuk meneruskan reality show itu. Chad juga takut jika aylee akan menjauhkan diri darinya nanti. Chad pantas bangun. Dia mengambil jaketnya dan dia segera berjalan keluar dari biliknya.
Kakinya perlahan lahan melangkah menuju ke arah bilik aylee. Dia memerhatikan sekeliling. Krew krew pergambaran sudah berehat di bilik mereka masing masing. Chad tiba di pintu hadapan bilik aylee.
YOU ARE READING
SHE'S THE ONE ✅ Completed
Romance#RANKED 1 in OLS 18/3/2019 #RANKED 1 in Writer 6/4/2019 # RANKED 1 in OurLovestory 10/6/2019 SHE'S THE ONE By HDH Sinopis " I Come to you to reach for my dream, but it's not you. But you could possibly make it happen. But in the end, who will be my...