SHE'S THE ONE By Hayley Dawn Harper
CHAPTER 19: THE VIEWISABELLE memilih untuk tidak meneruskan pendakiannya ke Puncak bukit keranan mahu berada di dalam khemah sahaja Pagi itu. Dia tidak berminat untuk melakukan apa apa aktiviti kerana mahu lebih focus untuk mencuri perhatian daripada Chad. Dia mahu membuat Chad lebih banyak menumpukan perhatian kepadanya berbanding Aylee yang tidak perlu melakukan apa apa untuk semua itu.
Ivanka yang Memeriksa semua keadaan Khemah para perserta melihat Kasut Milik Isabelle di luar khemah. Sambil membersihkan kawasan perkhemahan dengan krew yang lain, Ivanka berjalan mendekati khemah Isabelle dan Kimmie.
"isabelle..?" Ivanka duduk di luar Khemah. Isabelle yang sedang berehat sambil melelapkan matanya menoleh kea rah luar pintu Khemah. Dia tahu suara itu milik siapa. Dia bangun perlahan lahan dan mengusap kedua dua pipinya. Rambutnya disisir kearah belakang agar kelihatan lebih kemas. Isabelle membuka pintu khemah dan wajahnya tersembul keluar dari dalam khemah. Ivanka tersenyum.
"good morning.?Tak Join perserta yang lain ke pergi tengok sunrise..?" Tanya Ivanka. Isabelle mengeleng.
" semalam saya lambat tidur. Actually tak dapat tidur.. this is my first time masuk hutan.'' Kata Isabelle.
" semalam awak dan Kimmie ada date dengan chad kan? So anything interesting happen that you wanna talk about..?" Tanya Ivanka lagi. Isabelle mengeluh kecil. Entah apa yang sedang bermain di dalam fikiran Ivanka saat itu.
Mengapa dia harus menghabiskan masa untuk mengambil tahu perihal masalah hubungan antara para perserta dengan chad. Itu bukan tugasnya. Namun isabelle hanya mengangap mungkin Ivanka sedang mencuba mendekatinya. Mungin dia hanya mahu berkongsi cerita di awal pagi itu. Tiada sesiapa kelihatan di situ , yang ada hanya lah krew pergambaran yang juga sedang berehat dan sedang menyediakan sarapan untuk perserta sekembalinya mereka daripada menyaksikan view sunrise di puncak bukit itu.
" chad.. tu lah.. mysterious. Dia memang Nampak baik and layan semua orang dengan baik,charming.. gentleman.. but.. i don't know who own his heart. Sebab adakalanya dia too sweet to me, tapi bila syaa tengok dia layan perserta yang lain sama sahaja. Tak ada beza." Jawab isabelle. Ivanka tersenyum. Jelas dia melihat tanda kecewa dalam wajah isabelle.
" did you fall for him..?" Tanya Ivanka lagi. Isabelle tersengih.
"what kind of question is that? Of course every girls in town had crush on him.. and i can't deny it, i'm one of them. Lucky to be here and had a chance to get closed with him.. even.. i don't know if he will choose me or kimmie or the others girls..maybe Aylee.. they look so Close."kata isabelle lagi. Ivanka mengangguk apabila mendengar nama Aylee.
"cheer up Girl. You don't have to worry about Aylee. Just focus on being the hottest girls. I know you can.." kata Ivanka. Dan dia menepuk bahu isabelle. Ivanka berlalu pergi kemudiannya dan masih membuat Iabelle termenung sejenak dengan pelbagai persoalan. Don't have to worry about Aylee? Why. Semua gadis sedang cemburu melihat betapa Chad sangat mengambil berat tentang Aylee. Isabelle mengeluh kecil dan masuk semula ke dalam khemah.
PUNCAK BUKIT
Para perserta masing masing tergamam menyaksikan keindahan pemandangan di puncak bukit itu. Matahari yang perlahan lahan meninggi membuat mereka tidak mahu terlepas peluang untuk mengambil gambar bersama sama. Kendall dan Aylee mengambil gambar bersama -sama. Chad hanya memerhatikan mereka berama sanders di hadapan mereka. Segelintir daripada mereka sudah tentu belum pernah berpeluang menyaksikan pemandangan itu dalam hidup mereka.
"this is so nice!!" jerit kendall. Mereka menarik chad mengambil gambar bersama -sama . sanders menjadi photographer sementara mereka. Dia hanya mampu tersenyum melihat gadis gadis itu berebut rebut mahu mencuri hati kawan baiknya Chad sepanjang dia berama sama mereka dalam rancangan Tv itu. Dan dia masih sedang membuat keputusan, gadis mana yang boleh menjadi soulmate kepada kawan baiknya. Dia sudah lama mengenali chad. Dia tahu apa yang diingini oleh kawan baiknya itu.
YOU ARE READING
SHE'S THE ONE ✅ Completed
Romance#RANKED 1 in OLS 18/3/2019 #RANKED 1 in Writer 6/4/2019 # RANKED 1 in OurLovestory 10/6/2019 SHE'S THE ONE By HDH Sinopis " I Come to you to reach for my dream, but it's not you. But you could possibly make it happen. But in the end, who will be my...