3:11 pm .
" Saya dah balik . " aku ucap sambil mengunci tombol pintu rumah . Keadaan rumah seperti sunyi sahaja .
Aku menoleh ke arah ruang tamu , terduduknya di situ seorang lelaki berumur 50-an sambil menyelak surat khabar dan Cigar mewah terletak di hujung bibirnya .
" Awal pula balik hari ini ? " tegur lelaki tersebut . Ya , dia bapa tiriku . Aku menunduk hormat ke arah bapaku .
" Saya minta diri dulu . " aku terus naik ke bilik dan mengunci pintu .
~
Setelah selesai membersihkan diri , aku mengikat rambut dan terus mengeluarkan buku - buku teks bersama kerja sekolah dari dalam beg galasku . Aku menyusun rapi ke atas meja belajar sebelum memulakan sesi belajar persendirianku .
~
8:43 pm .
Aku meregangkan otot dengan mengurut tengkukku , memandang ke kiri dan ke kanan kemudian memusingkan pinggang 180° . Aku menutup buku dan menyusun semula ke dalam beg galasku .
Sedang aku mengemas jadualku bagi hari Isnin minggu hadapan , aku teringat akan pada hadiah yang diberikan oleh salah seorang classmateku , Jeon Jungkook .
Em , anak pengarah sekolah bagi ni je untuk hadiah hari jadi aku ? kedekut nak mampus .
Aku menggantungkan ' Perangkap Mimpi ' tersebut pada tingkap . Cantik juga benda alah ini .
Perut aku berbunyi secara tiba - tiba .
----
YOU ARE READING
Mimpi + pjm
Short Story" Saya rasa saya pernah berjumpa dengan awak dalam mimpi saya . "