" Ayy Geong-ah , tengokkan barang oppa jap . "
Aku dengan laju menoleh pula ke arah Namjoon .
Namjoon mula berdiri kemudian memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar . Rambut blondenya itu disaukkan ke belakang .
" Nak pergi mana ? " aku membuat muka seperti kanak - kanak yang risau .
" Toilet . " jawab abangku kemudian menuruni anak tangga yang terdapat dalam cafe itu .
" Nak ikut ? " tanyaku dengan muka yang masih dengan riak seperti kanak - kanak itu ditoleh lama oleh Namjoon . Kemudian aku tertawa kecil .
Mesti menyampah gila ada adik macam aku . Setelah beberapa saat kemudian , aku baru sahaja mahu merenung kembali pada lelaki tadi , tetapi -
" waegurae ? " tanya lelaki tersebut setelah mendapati bahawa aku merenung mukanya dengan lama .
Mulutku ternganga sedikit kerana terpegun dengan kesegakkan muka lelaki tersebut . Bukan itu sahaja , malah mukanya 100% serupa dengan lelaki yang berada dalam mimpi aku malam tadi .
Aku mengerdipkan mata beberapa kali dan menggeleng kepala laju . Bunyi telanan air liurnya dapatku dengan dengar dengan jelas .
" Macam mana awak ada kat sini ? " aku bertanya dengan senyuman yang kekok sambil bermain dengan jari - jemariku .
Sejujurnya , aku rindu dia .
Lelaki itu berkerut seketika kearah lain , kemudian memandangku semula .
" Uh , kita pernah berjumpa .. ke ? " dia bertanya . Aku mengigit bibir menahan malu . Jantung aku jatuh macam tu sahaja ,
Kim Gyeongmin , mimpi dan realiti adalah dua benda berbeza . Aish , tolonglah sedar !
" Ah , jeusunghaeyo , muka awak macam saya familliar . Maaf sekali lagi- "
" Saeng jom gerak sekarang . " kata Namjoon yang sudah pun memotong kata - kataku dan bergegas mengemas beg galasnya .
" Eh ? nak ke mana pula ni ? " Aku berdiri kemudian mengikut langkah Namjoon .
Sebelum keluar dari kedai itu , aku menunduk 90° kepada lelaki tersebut . Lelaki itu hanya memandang dan tersenyum segaris .
____
YOU ARE READING
Mimpi + pjm
Short Story" Saya rasa saya pernah berjumpa dengan awak dalam mimpi saya . "