" Muka ketat je . Datang sekolah muka ketat . Balik sekolah pun sama . Dah lama tak nampak kau senyum doh . Ketawa lagilah . Apa masalah kau ? " tanya Jungkook , yang berjalan mengiringi aku . Basikalnya dituntun perlahan . Aku hanya mengendahkan sahaja dia .
" Sombong . Patutlah takde langsung kawan kat sekolah ni . Nasib baiklah aku sudi jadi kawan kau . " sambungnya lagi , kalini dengan senyuman yang nakal . Aku menghentikan langkahku kemudian memandangnya lama .
" Satu . Kau memang takde kerja lain selain daripada kacau aku eh ? Dua . Aku tak pernah mintak pun kau untuk berkawan dengan aku . Tiga , suka hati akulah nak muka ketat ke , masam ke , masalah kau ke ? bukan right ? "
" Whoa whoa , hold on .. apa salah aku sampai kau kena layan aku macam ni ? "
Pada tahap ni , darah aku mendidih bagai nak gila dah .
" Sebelum aku - "
" Sebelum kau apa ? tumbuk aku ? " Jungkook memandang tepat mukaku kemudian cuba untuk membuat tubuhku kebelakang . Menyusahkan betul .
" J-Jungkook .. sebelum aku- "
Jungkook hanya kaku , senyumannya masih melekat pada mukanya . Menjengkelkan betul .
Bukan aku sengaja nak berperangai macam ni . Cuma , aku terlalu berhati - hati . Terlalu berhati - hati dengan semua orang yang cuba nak jatuhkan aku .
Appa bukan orang biasa . Dia adalah senator , ketua menteri Seoul . Aku sebagai anaknya tak boleh sewenang - wenangnya berkawan dengan sesiapa sahaja yang aku nak .
Mungkin semua orang pelik kenapa aku tiada kawan perempuan . Langsung . Dan orang yang paling berani dekat dengan aku pun adalah Jungkook , sebab ,
Dia tu anak pengarah sekolah .
Lelaki yang bangunkan sekolah ni , isu penyelenggaraan , peruntukkan wang dan elaun , gaji para tenaga pengajar sekolah ini semua terletak pada tangan ayahnya . Mungkin ni salah satu penyebab kenapa Jungkook ni jenis yang tak makan saman .
Sekolah ini mungkin penuh dengan golongan elit , akan tetapi , appa jenis yang mudah digeruni . Kuasa dia is , unbelievable . Tak dapat ditandingi dengan orang lain yang menghantar anak mereka untuk bersekolah di situ .
99% pelajar sekolah ni mesti tak akan percaya bahawa personaliti aku di sekolah dan di rumah adalah bagaikan langit dan bumi , tak serupa langsung . Tapi bukan Jungkook .
Junghyun , iaitu abang sulung Jungkook adalah kawan rapat Namjoon waktu sekolah menengah dahulu .
Junghyun selalu datang ke rumah kami dahulu . Kebanyakkan alasan dia adalah untuk siapkan kerja sekolah , tak pun main game dengan Joon . Jungkook pun kadang - kadang ikut sekali . Jadi aku pernah jugalah rapat sekejap dengan Jungkook dan abangnya . Sekejap sahaja .
Waktu Namjoon dan Junghyun sekolah menengah , kami berdua masih bersekolah rendah . Waktu sekolah rendah kami masih kecil dan tiada jurang pun antara kami semua . Jadi segala masalah dan cerita aku pernah berkongsi dengan Jungkook .
Sejujur - jujurnya , berkawan dengan Jungkook memang seronok . Dia kelakar , sentiasa bersemangat , dan kadangkala kuat menangis .
Tetapi lepas kes besar yang Junghyun oppa dah buat sampai memalukan satu keluarga dia , kepercayaan appa terhadap Junghyun semakin lama semakin hancur . Appa lalu mengarahkan Namjoon untuk tak berkawan lagi dengan ' budak macam Junghyun tu ' .
Appa menawarkan pembelajaran ke luar negara , tanggungan kepada Junghyun tetapi dengan syarat , dia tak boleh kembali ke Seoul lagi . Junghyun tolak , tetapi bapanya sehingga diugut bunuh dan akhirnya Junghyun terpaksa menerima tawaran tersebut demi menyelamatkan keluarganya .
Semenjak itu , kami berdua tak pernah bertemu lagi dengan Junghyun lalu hubungan persahabatan aku dan Jungkook hilang begitu sahaja . Sedih bukan ?
to be continued .
______
fckkk wth did i wrote sia HHAHAHA
YOU ARE READING
Mimpi + pjm
Short Story" Saya rasa saya pernah berjumpa dengan awak dalam mimpi saya . "