° pt 18

72 12 3
                                    

" Rindu saya ? " satu suara lelaki yang sangat lembut kedengaran dari arah belakangku .

Aku terpaku . Jantung aku berdegup dengan sangat laju bagai nak runtuh . Kalau lelaki yang berada di belakangku ini memang betul Jimin , aku tak tahu nak cakap apa . Mungkin ..? orang lain yang cuma nak bergurau ?

Jungkook ? mungkin dia nak kenakan aku . Haish tapi memang mustahil sebab suara dia takkan jadi lembut macam ni ! aku menyelitkan sisi rambutku kebelakang telinga lalu menarik nafas dalam . Tarik , lepas . Tarik , lepas . Renyaian air hujan yang jatuh pada batang hidung aku kesat . 

Aku kemudiannya toleh ke arah lelaki yang tak dikenali itu dengan perlahan .

Lelaki itu dengan rambut dan baju yang kuyup , tali leher yang telah longgarkan , tersenyum manis padaku sama seperti dalam mimpi - mimpiku sebelum ini . Tak pernah aku sangka yang senyuman seseorang boleh buatkan kau rasa bahagia seperti ini . Rasanya sama macam kau dapat melihat bulan yang tersinar betul - betul di hadapan mata . Itulah umpamanya senyuman Jimin .

" S-Siapa awak ? " aku mulakan pembicaraan dengan soalan palsu . Meskipun aku memang sudah tahu dia Jimin , cuma aku nak tahu sama ada dia ni hanya bayangan aku atau pun memang alam semesta mahu hantarkan aku seorang bidadara yang sangat tampan untuk hari ni .

" Saya Jimin , dan saya ada satu soalan . Boleh saya tanya ? " keningnya yang berkerut kerana menahan air hujan daripada masuk ke dalam kelopak matanya , bertanya .

Bibir merahnya yang ternganga kecil itu terhenti seketika menampakkan mimik muka yang sangat comel . Di situ juga lutut aku boleh longgar .

Aku dengan ragu - ragu mengangguk .

" Apa yang awak buat tengah - tengah jalan raya ni ? awak okay ? "

Mataku terpaku seketika . Sekali lagi . Aku melihat beberapa kereta sedang ligat menekankan bunyi hon dengan laju dan berkali - kali .

" S-Saya .. saya .. "

Dengan itu , Jimin terus menarik tanganku dan kami berdua berlari sepanjang bahu jalan . Aku hanya berlari mengikut jejaknya .

Renyaian air hujan jatuh menggelongsor sepanjang mukaku serta kesejukkan angin yang kuat menampar kulitku . Pergelangan tangan erat lelaki itu pegang . Rasa macam bermimpi lagi ni . Mimpi yang aku tak mahu jumpa pengakhirannya .

Akhirnya perjalanan kami terhenti di hadapan sebuah kedai serbaguna .

" Awak lapar ? "

____

Mimpi + pjmWhere stories live. Discover now