° pt 3

172 23 0
                                    

Makanan tersedia hidang di atas meja di dalam rumah agam tersebut . Aku menarik salah satu kerusi iaitu bersebelahan abangku , Namjoon .

" Appeuji eoddiseo ? ( di mana ? ) " tegur abang sulungku sambil matanya terlekat di telefon bimbitnya .

" Manalah aku tahu . " aku balas ringkas sambil meletakkan kain bib ke atas kedua - dua pehaku .

Dia menyimpan telefonnya setelah bapa tiriku berjalan ke arah kami dan melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di hujung meja . Kami berdiri sebentar untuk menunduk hormat terhadapnya kemudian terduduk semula .

Setelah kesemua orang - orang suruhan telah beredar daripada pandangan kami , kami pun mula menjamu selera .

" Macam mana dengan hari kamu , Namjoon ? " Appa menegur abangku .

" Baik - baik sahaja , appa . Hari ini dah bermula ujian SATs untuk kemasukan Universiti di Incheon tu . "

" Appa ucapkan semoga berjaya kepada kamu . "

" Gumawo , appeuji . " Namjoon tersenyum manis .

" Kamu pula bagaimana , Geongmin ? "

" Saya okay sahaja . Cuma letih sebab cikgu bagi banyak sangat kerja rumah . Tapi saya okay sahaja . "

" Baguslah kalau macam tu . Esok appa terasa nak pergi ziarah kubur eomma , kamu berdua mahu ikut appa ? "

" Dae , appeuji . " aku dan Namjoon berkata serentak .

----

Mimpi + pjmWhere stories live. Discover now