Aku menyarungkan trench coatku yang berwarna kelabu dengan bantuan pembantu rumahku . Aku mengucapkan terima kasih kemudian berjalan keluar ke arah garaj kereta .
Namjoon sudah pun berada di tempat duduk belakang manakala appa duduk di tempat duduk hadapan . Aku menyarungkan converseku yang berwarna kuning itu kemudian memasuki ruangan kereta bersebelahan dengan Namjoon .
Dengan bantuan Driver peribadi appa , dia menutupkan pintu kereta dam membawa kami ke pusat perkuburan di mana letaknya abu ibu kandungku .
~
Selepas selesai berdoa , appa mengajak Namjoon untuk berminum teh di ruangan cafeteria rumah mayat tersebut . Aku telah memberitahu appa untuk tinggalkan aku bersama mendiang eomma buat seketika .
Eomma , annyeong .
Hari ni dah masuk bulan February , tak lama lagi hari jadi eomma .
Saya ada perkara nak mengadu . Jangan risau , ni bukan pasal appa , ataupun Namjoon . Kami bertiga hidup serba sejahtera .
Tu pun hasil usaha doa eomma demi kebahagiaan kepada kami , gumawo !
Malam tadi , buat pertama kalinya .. mimpi buruk saya hilang . Saya tak tahu kenapa , tapi saya rasa gembira sangat . Saya mimpikan seorang namja ni , dia kacak sangat .
Saya harap , lepas ini boleh mimpi benda yang sama . Saya tak kisah pun ! janji saya boleh tidur dengan tenang .
Kalau tak , saya mesti tak boleh tidur , rasa macam sesak nafas . Semua sebab mimpi buruk yang berulang tu .
Kerjaya appa sebagai Senator di Seoul tu , tiada apa yang berubah pun . Sayavbangga dengan beliau . Namjoon oppa pula , tak lama lagi dia akan menghadapi peperiksaan SATs . Saya harap dia pass semua subject .
Saya nak berterima kasih sebab eomma pilih untuk berkahwin dengan appa . Saya bersyukur sangat , walaupun eomma dah tiada di mata kami semua .
Saya rindukan eomma ! sekali sekala nanti , masuklah mimpi saya , ya ?
Eomma , saya minta diri dulu .
Aku menunduk hormat sambil menatap gambar eomma dengan lama , kemudian meninggalkan bilik yang sepi itu .
----
YOU ARE READING
Mimpi + pjm
Short Story" Saya rasa saya pernah berjumpa dengan awak dalam mimpi saya . "