° pt 1

360 30 0
                                    

+kgm

Jungkook meletakkan sesuatu ke atas buku rujukan yang sedang aku baca . Aku melihat mukanya dengan kerutan di dahi .

" Apa ni ? " aku dengan perlahan mengangkat objek tersebut .

" Perangkap mimpi . Ni hadiah hari jadi kau . Happy Birthday , " dia balas dengan senyuman , kemudian kedua - dua tangannya diseluk ke dalam pocket sekolah .

" Aku tiada masa dengan semua ni . Ambil balik . " aku kata dengan nada suara yang mendingin . Jungkook menahan tanganku dan menyumbatkannya di dalam beg sekolahku , poket hadapan .

" Apa kau buat ni ?! " aku menjerit sambil cuba untuk menepis tangannya yang menyentuh zip beg sekolahku , tetapi dia terlalu kuat .

" Ambil . Gantung kat dalam tingkap bilik kau . Harap lepas ni kau dapat tidur dengan tenang ! " Jungkook mengucap panjang lebar dan berjalan ke arah luar kelas begitu sahaja dengan beg digalas sebelah .

Loceng sekolah berbunyi akhirnya menandakan waktu balik . Aku mengeluh sahaja sambil melihat dia berlalu pergi .

----

Mimpi + pjmWhere stories live. Discover now