"what?! Mommy...biarlah dia" Zaf mengangkat kedua tangannya
"apa what what? ingat tak janji tu?" Mommy mengangkat kening sambil tangannya mencekak pinggang . memang nak kena betul Si teruna nih .
"fine!" Zaf dengan terpaksa mula menaiki atas .
sampai di tingkat atas jari telunjuknya bermain dagunya yang penuh dengan jambang halus . tengah pikir mana satu bilik dia nih . tangannya mula mengetuk sebuah bilik yang bertentangan dengan bilik Mommy nih . ye la dah ini je bilik yang kosong mestilah dia duduk dalam nih .
tok tok!
diam . go on ketuk lagi mana tahu dia tak dengar .
tok tok!
tiada sahutan .
"Ah redah je ah" tombol pintu dipulas dari luar . lantas Zaf meliarkan matanya ke sekeliling bilik tu .
"hmph..Mommy nih kalau pasal design bilik , kalah design anak dara lain"
Zaf mula melabuhkan punggungnya ke atas katil . lembut . pandai Mommy pilih , sampai Zaf ugh . Zaf mengesot tubuh bidangnya ke belakang sehinggalah ke kepala katil . badannya di sandarkan malas dengan kaki kanannya melunjur dan kaki kirinya dibengkokkan .
Zaf memandang tepat tepat depan pintu bilik air . telinganya masih dengar bunyi percikan air . beberapa minit kemudian pintu bilik air di buka dari dalam .
"Aghh!" jerit Syiefa
"woi kau asal jerit?"
"pakcik lah asal masuk?!"
"aku tanya kau , kau tanya aku balik ! " Zaf mencapai bantal petak warna pink soft lantas dibaling ke arah Syiefa .
"eih apa nih! pakcik buat ape kat sini ,keluar lah.."
"buat ape aku nak keluar , ni rumah aku " selamba Zaf balas sambil tangannya membelek comforter . gila ke apa ? ke minat jugak dengan warna pink? .so weird gila pakcik nih .
"maksud saya . keluar dari bilik nih .." Syiefa membetulkan lengan bajunya sambil mengangkat bantal yang jatuh di lantai .
"kalau aku tak nak?" Zaf mengangkat keningnya . Ya Allah stop it! handsome ya amat .
"kalau macam tu saya keluar" Syiefa dengan gelebah berjalan cepat keluar daripada bilik , siape je yang tak takut dengan orang perangai macam Zaf nih . dengan gaya tetiba selamba badak baring dekat katil orang .
belum sempat Syiefa menarik pintu , lengannya di tarik kasar terus pintu yang terbuka sedikit tu ditutup kasar semula . then kunci .
Syiefa mendongakkan kepalanya bila melihat Zaf didepannya , dekat pula tu! . merenung tajam anak mata Syiefa sehinggalah Syiefa tak perasan jarak antara diorang terlalu dekat sehinggakan Syiefa dapat merasakan hembusan nafas Zaf .
"ya Allah hambamu ini dah jaga mata dengan baik . maafkan hambamu ini kerana mata ku telah dicabuli oleh mata pakcik nih huwaaa " meraung hati Syiefa
"dah falling love ke?" Zaf makin mendekatkan tubuh bidangnya dengan tubuh kecil molek Syiefa didepannya . Syiefa makin mendongakkan kepalanya melihat muka Zaf . tinggi pun sampai dada Zaf je huhu .
"Asyiefa! Zafriel! kamu berdua dekat mana?.." laung suara Mommy di luar . cepat cepat Syiefa menolak dada Zaf sekuat hati tapi Zaf cuba mengeraskan dirinya supaya still dekat lagi dengan Syiefa .
YOU ARE READING
Love you Mr Hot Guy
Romance"I want to be with you for the rest of my life and if you needed me to i'd jump out of plane for you" Zafriel Love of action will be sweet if there is no bitter ?WARNING: Not copy paste! and No copy paste . This is my own idea and perah otak sendiri...