Asyiefa pov
sudah 1 tahun lebih aku dan mama berpindah ke kampung, Mama cakap rumah yang kitorang tinggal sekarang nih Rumah peninggalan arwah Nenek. dulu setiap kali hujung bulan aku dengan mama pasti akan balik ke kampung dan mengemas rumah nih.. tapi sekarang i tinggal sini!
rumah nih kalau jalan kaki beberapa langkah dah boleh sampai ke laut sana.. best juga lah, sebab tak ada peneman kat sini . huuu
"sejuknya anginnnnnn" ujar ku sambil menikmati angin sepoi sepoi
tapi kan , best memanglah best.. tapi aku terpaksa berpisah dengan kawan kawan aku.. aku betul betul rindukan diorang, apa agaknya diorang buat eh bila dah habis sekolah nih, mestilah cari kerja en.. hm, kalau aku?
entah
aku rasa macam nak cari kerja tapi Mama tak bagi sebab kat sini susah sikit nak dapatkan kerja. kalau nak keluar ke pekan pun jauh..
ramai juga lah jiran tanya kenapa kitorang tinggal sini terus , Mama cakap dekat aku yang .. Mama nak tinggal sini dan Mama bagitahu aku yang dia dah berhenti kerja. bila aku tanya sebab, Mama selalu mengelak .. entahlah..
aku selalu tertanya
kat sini aku ada kenal sorang nih , nama dia Hana.. dia lah kawan yang aku rapat dekat kampung nih . sejak aku baru masuk pindah sini , dialah yang tegur aku dulu.. and dia ingatkan pasal waktu kecil kecil umur enam , tujuh tahun centu. rupanya Hana nih bestfriend aku waktu kecil, sewaktu Arwah Papa dengan Arwan nenek ada lagi..
lepas Nenek meninggal.. aku jarang balik kampung jenguk rumah tu . lepastu bila Papa meninggal, Papa ada simpan surat .. dalam surat tu Papa nak aku dengan Mama jaga Rumah arwah nenek and jangan sesekali jual tanah nih..
so here we are..
"Asyiefa! masuk cepat nakdekat senja dah nih.. jangan lupa cuci kaki dulu sebelum masuk rumah" laung Mama
"okay Mama" dengan segera Syiefa terus berlari menuju ke rumah. tak lupa juga basuh kaki sebelum masuk rumah
"Mama masak apa tu? nak Syiefa tolong?"
"meh la sini, tolong Mama potong bawang tu semua lepastu tumbuk.. ha lagi satu tolong tengok tengokkan lauk yang mama masak tu, Mama nak pergi mandi kejap"
"baik Mama.."
Asyiefa memulakan sesi potong memotong, kadang kadang dia mula termenung memandang luar tingkap sampaikan tak perasan lauk tu dah mendidih
"ya allah, aku ni pun cuai lahai.." Asyiefa cepat cepat menutup api tadi, nasib baik tak melimpah ruah kalau tak habis bertambah kerja la jawabnya
"Asyiefa dah siap ke?" laung mama yang baru siap mandi tadi
"sikit lagi Mama.."
"ya allah , syiefa kenapa tak tutup tingkap.. nak dekat azan maghrib nih pergi tutup tingkap kat dapur tu"
Asyiefa cepat cepat menutup tingkap di dapur, bahaya kalau biar terbuka time nak dekat azan nih.. nanti ada benda masuk. iye ke?
"Mama dah siap, syiefa pergi mandi dulu eh mama" Asyiefa meminta izin untuk membersihkan diri
Setelah selesai membersihkan diri Asyiefa mula menjamu selera bersama Mama . Syiefa merasakan sunyi sahaja di kawasan kampung nih, walaupun ada jiran tapi.. jiran semua jenis yang dah tua.
seakan akan Asyiefa mula merasakan dirinya sebagai kampung girl pula.
———
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam.." jawab Syiefa yang sedang menyidai baju di penyampai, sempat Syiefa mengambil tuala dan melilitkan kepalanya
YOU ARE READING
Love you Mr Hot Guy
Romance"I want to be with you for the rest of my life and if you needed me to i'd jump out of plane for you" Zafriel Love of action will be sweet if there is no bitter ?WARNING: Not copy paste! and No copy paste . This is my own idea and perah otak sendiri...