Bab 59 • urut •

10K 321 5
                                    

"Adui!...." Asyiefa beria ria menjerit bila kena berurut dengan sorang makcik nih . Sakit bagai nak rak wei

Makcik tu pula banyak pula membebel . Sekali Asyiefa menjerit berbalas balas bebelan yang dilemparkan oleh makcik tersebut . Asyiefa pun em..

Tadah telinga je lah

Mama datang dengan membawa dulang dari dapur , dia meletakkan di sebelah tempat Asyiefa tengah berurut . Pinggan kecil yang berisi kuih nona manis dan teh o panas ..

Asyiefa menjulurkan tangannya seperti ingin mengambil sesuatu , baru sikit je lagi nak capai dah kena tampar kecil dari makcik tu..

Pap!

"Dah tahu banyak angin nak minum teh pulak.." ujar makcik tu sambil mengurut buku lali Asyiefa , siap bagi pakej tekan tekan tu . Sakit!

"Syiefa nak ambil kuih tu , kuih tu Syiefa yang buat pagi tadi...nak merasa pun tak sempat" ujar Asyiefa , dia bukannya nak ambik teh tu . Lagipun dia dah tahu teh tu untuk makcik tu minum . Kuih tu saja je dia nak ambil sikit

Itu pun tak oleh!

Kesian preggy mommy

"Anak nih buat kuih ni? Meh makcik nak rasa sedap ke idok" makcik tu mengelap tangannya menggunakan sehingga hilang kesan minyak ditangannya . Kuih tersebut diambil dan dimasukkan ke dalam mulutnya

"Ha sedap tak? Dah lama dah saya tak buat kuih nih ...orang asyik tak bagi je saya masuk dapur" tutur Asyiefa

"Amboi..Mama ni bagi je Syiefa masuk dapur tu. Tapi bila Mama bagi tu , kamu tu yang tak beringat.. keletang ketung! buatnya kat dapur" Mama menyampuk . Asyiefa menyengih sambil menjilat jarinya lepas makan kuih tersebut . Dia tersengih

"Kamu tu kalau nak masak boleh je, tapi kena beringat benda benda berat tak elok untuk orang mengandung buat" bebel lagi makcik tu . Sekarang bila dah ada dua orang kaki membebel nih dah bengkak telinga Asyiefa menadahnya
"Pusing , makcik nak urut bahu kamu pulak..."

Asyiefa perlahan lahan meusingkan tubuhnya di atas tilam . Kain batik yang menjadi pakaiannya di betulkan supaya tak melorot jatuh terdedah . Tapi dengan makcik nih mana nak heran ..dia pun ada

Makcik tu tak bagi Asyiefa ikat simpul kain batik tu . Dia terpaksa memegang kain batik tu di dadanya , tahan lah sampai habis berurut . Lenguh

Bau minyak sampai satu rumah . Asyiefa siap lagi mengeluarkan sendawa kecilnya lepastu gelak , sendawa lepastu gelak . Makcik tu bising marah jangan suka sangat .

Mama pula tengah sambung menguruskan hal rumah sapu sampah daun kering dekat luar , sidai kain , memasak .

Selesai sahaja mengurut , Asyiefa menyarungkan baju tshirt ke tubuhnya semula . Kain batik dibetulkan . Makcik tu pula dah kemas kemas barang barang dia , kain la , macam macam minyak lah .. dah macam taraf spa dah . Tapi ini tradisional punya

"Makcik berurut kamu nih bukan sebab nak bagi penyakit , tapi nak rehatkan tubuh kamu . Nanti inshaallah senang la kamu nak bersalin nanti ya . Nak lagi tengah mengandungkan kembar"

Asyiefa mengangguk je kerja dia bila Makcik tu cakap banyak banyak . Angguk je Asyiefa tahu dah macam arigato dah

"Kamu angguk angguk nih , jangan jadi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.." ujarnya

"Baik Makcik mon!" Asyiefa menunjuk tabik macam polis dah . Ada nampak macam tak matang lagi ke ?

Ada...

---

"Fiz kau call Zam sekarang bawa private Jet ke sini , flight delayed pulak! Aku taknak berkampung kat airport jepun nih, mati beku aku sejuk.." Zafriel mengarah anak buahnya . Dia taknak menghabiskan masa dekat sini dengan menunggu flight lagi satu .. itupun dah ambil masa 12 jam nak kena tunggu

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now