Matanya terbuka sedikit bila cahaya matahari menganggu lenanya . Dia meraup mukanya , tangannya mula meraba di sebelah dan mula terasa seperti ad orang disebelahnya . Zafruel mengangkat kepala dan sengih sambil dalam keadaan mamainya . Laju sahaja selimut menutupi itu di tarik , akhirnya bagi harapan palsu pula dekat Zafriel sebabnya sebelum nih yang disangkakan Asyiefa di sebelahnya tapi bantal je lebih . Hisy!
Dia mula mengambil posisi duduk , sebelum meregangkan badannya dan juga ototnya . Matanya mencari cari batang hidung Asyiefa .. langsung tak nampak . Zafriel memandang di sliding door di tepinya , kelihatan matahari dah mula naik macam around pukul 8 lebih centu . Haih , ini sebabkan malas sangat lah lepas subuh dia terus tidur . Sekarang nih dia mengharapkan Asyiefa je untuk kejut dia bangun subuh semua , alarm jadi cemburu dibuatnya .
"Mana budak nih..." Zafriel menileh kepalanya ke kiri dan ke kanan . Macam boleh muncul pula kalau toleh banyak kali heh
Bunyi pancuran air di dalam bilik air menarik perhatiannya . Dia mengagak Asyiefa tengah mandi , dan sengaja berpura pura untuk tidur semula . Dia mula menukar fikirannya semula dan segera dia bangun menuju ke depan pintu bilik air . Niatnya nak terjah dalam bilik air , tapi...
Pintu bilik air terbuka , yang keluar daripada bilik air bukan Asyiefa tapi budak? Budak kecil pula tu...!
What?!....
Rayyan keluar dengan membawa berus gigi warna merah nya yang bercorak spiderman . Comel je keluar dengan rambut basah dia lepastu dengan baju tidur nya then towel disangkutkan ke bahu . Zafriel menepuk dahinya..
"Eh hai Uncle Zaf! Uncle Zaf baru bangun tidur ke? Tadi rayyan tengah gosok gigi ... ee! Tengok nih putih tak?" Rayyan menunjukkan gigi kecilnya dekat Zafriel . Zafriel terus mendukung budak kecil tersebut yang lingkungan umur empat tahun macam tu yang dah pandai berpetah
"Rayyan buat apa kat sini.. mana mommy Rayyan? Rayyan baru sampai ke ?" Soal Zafriel sambil membetulkan rambut Rayyan
"Ouh , mommy dekat bawah.. dia baru sampai ... Mommy Uncle Zaf pun ada kat bawah juga dengan Mommy Rayyan..."
"Iye? Nanti Uncle Zaf turun bawah ya.."
Pintu bilik terbuka , dan barulah betul terpanculnya Asyiefa dengan membawa sepasang baju budak budak di tangannya .
"Eh Aunty Syiefa ! Rayyan dah gosok gigi dah! Jom kita mandi...." riang je Rayyan dalam dukungan Zafriel . Zafriel menurunkan Rayyan dan Rayyan berlari ke arah Asyiefa sambil mendepakan tangannya nak minta dukung . Asyiefa senyum dan mencuit hidung Rayyan lantas dia mendukungnya dan membawa masuk ke dalam bilik air
Sampai sahaja di dalam bilik air , Asyiefa membuka shower dan cuba setkan suhu air bagi suam sikit . Lepas dah okay Asyiefa menyuruh Rayyan mandi dulu dan sabun biar saru badan bersih . Tiba tiba pintu bilik air dikuak , dia menoleh dan kelihatan Zafriel masuk dengan towel di sangkutkan dilehernya terus menerpa ke arah Asyiefa
"Mandikan aku jugak..."
"Eish janganlah , Rayyan ada ni..." Astiefa menolak tubuh Zafriel minta untuk keluar daripada situ . Haih karang apa pula budak tu nampak nanti
"Eh Uncle Zaf boy la . Mana boleh mandi sini dengan kitorang . Mommy cakap tak baik..." ujar Rayyan sambil menunjukkan jari penunjuknya sambil digoyangkan ke kiri dan ke kanan
"Rayyan pun boy juga mana boleh mandi dengan Aunty Syiefa , ha" nak menang jugak tu si Pakcik nih
"Eh Rayyan booooleeeeeehhh.... sebab Rayyan kan budak kecik lagi . Uncle Zaf tu Boy yang dah besar so no no no...." pandai je Rayyan nih.
"Habistu Uncle Zaf nak mandi dengan siapa?" Zafrielmengangkat tangannya tanda soal semula
"Uncle Zaf mandi sorang sorang lah , nanti esok mandi dengan Rayyan pulak " Asyiefa tersengih dengan karenah Rayyan . Nanti esok lah apalah , macam macam
"Sekarang nih Uncle Zaf keluar dulu dan jangan mandi dulu dekat sini , tunggu Rayyan habis mandi baru Uncke Zaf boleh mandi" tergelak Asyiefa . Zafriel dah macam , amboi dihalaunya aku nih.. Aunty Syiefa hang tu bini aku , sukahati aku lah nak buat apa dengan dia
YOU ARE READING
Love you Mr Hot Guy
Romance"I want to be with you for the rest of my life and if you needed me to i'd jump out of plane for you" Zafriel Love of action will be sweet if there is no bitter ?WARNING: Not copy paste! and No copy paste . This is my own idea and perah otak sendiri...