Bab 27 •Bersalah•

15.7K 393 5
                                    

Kereta mercedez hitam yang dipandu oleh Zafriel elok memakirkan keretanya betul betul di tempat letak kereta tersebut

Asyiefa di sebelah mulutnya masih terkumat kamit memuji keunikan kampung Zafriel . Ini bukan kampung . Ini macam kampung modern terus . Semuanya konsepkan kayu yang cantik . Design pun memang nampak macam terdiri daripada orang kaya

Tuk! Tuk!

Cermin kereta di sebelah pemandu diketuk dan menyedarkan Asyiefa yang daripada yadi tercengang

Asyiefa menoleh memandang gerangan yang mengetuknya . Dia memahami apa yang Zafriel katakan . Zafriel menunjuk isyarat untuk keluar dengan segera lantas Syiefa menggalas beg tangannya dan keluar daripada kereta .

Hidung Asyiefa dicuit geram oleh Zafriel . Asyiefa memegang hidungnya tadi selepas dicuit oleh sang suami , muka Zafriel dipandang

"Apa cubit hidung saya nih" mengadu Asyiefa

"Aku geram . Dah jom masuk" Zafriel mengenggam tangan kecil Asyiefa dan mula masyk ke dalam rumah kampung modern nih . Asyiefa terkebil kebil membuntuti Zafriel dah lah dia pendek nak langkah besar macam Zafriel memang susah .. boleh terkoyak seluar

Pintu rumah diketuk

Lantas pintu tersebut terbuka dan muncullah bibik di rumah nih yang membukanya .

"Ouh Zafriel , marilah masuk . Nenda ada di dalam rumah"

"Thanks bibik" Zafriel menarik Asyiefa masuk ke dalam rumah . Anak matanya menangkap tubuh wanita tua yang sedang duduk di meja kecil sambil menghirup air teh .

"Assalamualaikum nenda" sapa Zafriel sambil menghulurkan tangannya minta salam . Nenda yang perasan menurunkan sedikit kaca mata di hididungnya dan melihat gerangan tersebut , barulah dia hulurkan tangannya yang berhias cincin emas berbentuk bunga yang besar . Perlahan lahan Zafriel mencium , Asyiefa juga turut berhati hati ketika bersalaman dengan Nenda .

Pertama kali jumpa kan

Asyiefa sedikit takut melihat riak wajah Nenda tersebut . Kalau dari fizikal macam garang and still kuat berdiri , tapi dalaman tak tahulah bagi Asyiefa

"Ini ke menantu cucu Nenda ?" Soal nenda sambil menunding ke arah Asyiefa menggunakan ibu jarinya . Nampak beradab juga Nenda nih

"Yes , ini isteri Zaf . Nama dia Asyiefa Sofeana.." Zafriel memeluk bahu Asyiefa disebelahnya . Asyiefa mempamerkan senyuman nipis

"Ouh . Ingatkan sampai ke tua Zaf membujang Nenda mengagaknya . Macam mana lah Asyiefa boleh pikat hati dia , setahu Nenda dia nih hati mengalah kayu jati perabot rumah nenda , Hati Batu!" Nenda sengaja mengusik , suara nenda agak tegas bila didengarinya

"Itulah.. macam manalah sayang pikat Abang kan? Kan?" Tangan Zafriel di bahu Asyiefa mula jatuh ke pinggang ramping pula . Sengaja dicuit pinggang Asyiefa sampai menyebabkan Asyiefa terjerit kecik

"Awak!...." Asyiefa mula geram , nada suaranya di kawal . Ada je Zafriel nih nak kenakan dia depan Nenda dia nih

"Yang kamu berdua tercegat berdiri tu dah kenapa , dah tak reti nak duduk ? Pergi lah duduk .. kesian isteri kamu tu Zaf lenguh dia berdiri , mana tahu dia lenguh sebab berbadan dua ke" ujar Nenda sambil membetulkan kaca matanya .

Asyiefa dah membuntang matanya mendengar . Zafriel pun terkejut juga , cepat cepat tangan kecil Asyiefa di tarik dan di bawa jauh sedikit daripada Nenda di situ . Nenda yang melihat gelagat cucu cucunya tu mula menggelengkan kepala . Apelah budak budak nih tak akan la tak tahu beza orang mengandung dengan orang mengandung tu macam mana . Ish ish ish

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now