Bakul yang berisi baju di bawa ke luar rumah untuk disidai di tempat penyampai, sempat Asyiefa mengambil tudung sarung di penyangkut biliknya sebelum keluar rumah. Setelah selesai sahaja menyidai baju dia mengambil penyapu lidi dan menyapu di halaman rumah.
Sekarang cuaca tak menentu . Hujan lah panas terik lah angin kuat lah, itu yang banyak daun pokok jadi gugur di atas tanah. Asyiefa mengumpul sampah di satu tempat sebelum membakarnya. Kerusi papan di bawah pokok memanggilnya untuk berehat seketika lalu Asyiefa melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang semakin reput sedikit.
Asyiefa mengeluh kecil sambil memandang kosong dengan permandangan di hadapannya. Keadaannya sedikit menganggu bila ada seekor nyamuk mula menarik perhatian dia.
Pap!
tak dapat
Pap!
"Auw..." sakit pipinya bila sasarannya tersasar
Terlepas. Ada je nyamuk nih. Kali nih nyamuk tu terlepas. Asyiefa bingkas bangun dan membawa bakul kain tersebut masuk ke dalam rumah. Penyapu tadi di simpan di bawah rumah sebelum naik masuk ke dalam.
Asyiefa mendongak memandang ke langit, semakin mendung macam nak hujan je nampak. Cepat cepat Asyiefa menyarungkan selipar dan menghampiri ke arah tempat penyidai. Dia mengalihkan tempat penyidai ke tempat teduh supaya tak terkena hujan. Selang beberapa minit hujan rintik rintik mula turun jatuh di pipinya.
Asyiefa menggaru di pipinya sebab disitu jugalah tempat nyamuk tu sempat gigit. Gatal, jadi garulah. Asyiefa melangkah masuk ke dalam rumah, tingkap rumah ditutup dengan cepat. Baru sahaja Asyiefa melabuhkan punggungnya di kerusi dia mula bangun semula sebab teringatkan Noah dan Nayla.
Cepat cepat dia berjalan mencari Noah dan Nayla di dalam rumah. Di ruang tamu langsung tak nampak budak berdua tu. Asyiefa mula pelik, dia menggarukan kepalanya yang tak gatal. Asyiefa terdengar bunyi ketawa budak kecil dari arah bilik.
Asyiefa berjalan menuju ke bilik Mama, langsir pintu di selak dan kelihatan Noah tengah gelak gelak atas katil sampai terguling guling badannya. Botol susu di tangannya sudah berapa kali di lemparkan ke atas lantai. Mata Asyiefa berkalih memandang Nayla yang tengah duduk di atas lantai, main bedak habis berterabur penuh lantai warna putih.
"Ya allah, macam manalah Noah boleh panjat naik atas katil nih. Jatuh nanti sayang" ujar Asyiefa. Dia mengambil botol susu tadi dan diletakkan ke atas meja yang berhampiran di dalam bilik
Tubuh kecil Nayla diangkat dan di baringkan di atas katil. Asyiefa tergelak kecil bila memandang muka Nayla penuh dengan bedak habis ditepek semuanya dekat muka dia. Inilah dia kalau ditinggalkan sekejap budak berdua nih, macam macam diorang buat. Semua benda dah boleh buat memang merayau la kerja diorang ni.
Pernah terjadi, masa Asyiefa dekat dapur entah macam mana Noah tu duduk dekat anak tangga dapur dengan pakai pampers nya. Lepastu panggil Asyiefa. Ini mesti bila Mama nak pakaikan baju diorang mesti salah seorang terlepas, ha itulah dia.
Asyiefa mengerutkan dahinya, di tolehnya ke kiri dan ke kanan. Pelik, mana Mama pergi selama nih. Bila Asyiefa masuk rumah je nampak Noah dengan Nayla je . Mama entah ke mana, takkan ada hal lagi dekat surau. Asyiefa mendukung Nayla dan sebelah tangannya lagi memegang tangan kecil Noah sambil berjalan menuju ke ruang tamu.
"Mama?" Asyiefa menoleh. Dahinya berkerut
Pintu rumah yang tertutup tadi tiba tiba terbuka sebelah. Padahal dia dah tutup dah sebab nak hujan. Asyiefa menerpa ke arah pintu rumah dan menutup rapat kembali. Dia meletakkan Nayla di atas tilam dengan Noah. Asyiefa mula berjalan menuju ke dapur sambil mengintai kot kot ada Mama dekat situ. Mana tahu tak perasan ke..
YOU ARE READING
Love you Mr Hot Guy
Romance"I want to be with you for the rest of my life and if you needed me to i'd jump out of plane for you" Zafriel Love of action will be sweet if there is no bitter ?WARNING: Not copy paste! and No copy paste . This is my own idea and perah otak sendiri...