Bab 45 •rahsia•

18.9K 331 15
                                    

"Abang jangan pergi lama.." Asyiefa menggenggam tangan Zafriel sekuat hati , tak sanggup nak lepaskan Husband kesayangan

"Nanti Abang balik cepat , inshaallah and Sayang kenalah doakan Abang supaya kerja Abang cepat siap tahu.."

"Bukan tu sahaja saya buat . Saya doakan Abang selamat pergi dan balik , sihat sepanjang masa dan tutupkan mata Abang"

"Tutup mata? Kenapa nak doakan tutup mata Abang? Macam manalah Abang nak jalan wahai awak .." Zafriel mencubit pipi tembam Asyiefa , Asyiefa mengaduh sakit

"Tak , maksud saya . Saya doakan supaya mata Abang tertutup daripada melihat perempuan lain selain saya dan juga Mommy Abang .. "

"I love you Sayang.." Lantas Zafriel memeluk erat Asyiefa . Asyiefa membalas pelukan tersebut . Erat

Puan Suriyana yang tiba tiba muncul di ruang tamu membuka suara

"Dah la Syiefa .. Zafriel pergi tu tak lama pun , kejap je . Nanti baliklah tu" ujar Mama bercekak pinggang dengan tangan kanannya memegang sudip sambil melihat aksi romantik depan matanya

Zafriel tersenyum bila terdengar kata kata Mama . Zafriel mengangkat sweaternya yang tersangkut di kerusi , dan sempat dia mencium dahi Asyiefa sebelum bertolak meninggalkan Asyiefa di rumah Mamanya .

Sayu je mata Asyiefa menghantar pergerakan Zafriel masuk ke dalam kereta , Asyiefa masih lagi berdiri di depan pintu dan menyandarkan bahunya sambil melihat kereta itu pergi ..

Asyiefa menutup pintu rumah dengan elok , tak boleh kasar kasar nanti roboh pintu rumah Mama hihi .

"Mama! Syiefa nak tolong masak juga.." laung Asyiefa sambil berlari kecil menuju ke dapur

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam dan Asyiefa masih termenung lagi di depan tv , tak ada cerita ataupun drama yang best boleh menarik perhatian dia .

Sudah berkali kali Asyiefa menukar siaran yang lain , kali terakhir ialah cerita kartun upin ipin .

"Kenapa termenung anak mama nih.." suara Mama menyentak lamunan Asyiefa . Mama melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Asyiefa
"Takkan baru pagi tadi Zafriel pergi , dah rindu?"

"Mestilah rindu .. "

"Tak cuba call dia? Mesej ke "

"Tak dapat call , mesej pun dia tak balas..."

"Mungkin dia still dalam flight lagi kot .. itu yang tak dapat . Tak payahlah menunggu sayang , mungkin Zafriel sibuk sangat tu . Nanti kalau dia free dia bolehlah call..dah pergi tidur dulu , kata rindu katil rumah ni" ujar Mama sambil menampar halus ke peha Asyiefa . Asyiefa dengan longlainya bangun dan terus masuk ke dalam bilik

---

Asyiefa meletakkan pinggan yang berisi karipap di atas meja . Belum pelawa lagi Hana dah ambil satu karipap . Asyiefa menggelengkan kepala

"Eh eh kau nih , gelojoh benor nampak.. lapar ke? Kau tak makan ke tadi" soal Asyiefa

"Hehe , aku dah lama tak pekena karipap hang ni Asy .. dah lah sedap lepastu rangup pulak tu uish!"

"Kalau ye pun , baca bismillah dulu..kang ada yang tersedak pulak kejap lagi"

"Hehehe..." tersengih kambing si Hana dibuatnya . Sudah masuk kali kedua dia mengambil karipap buatan Asyiefa
"Eh aku nak tanya , macam mana kau dengan Abang Zafriel tu? Okay?"

"Alhamdulillah okay je .. "

"Ouh , ini ha Mak aku kirim salam .. meh aku jadi wakil bagi salam dari jiran sebelah . Assalamualaikum.."

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now