"Sayang tak penat ke semalam? Habis kelas je terus datang office Abang ..." Zafriel mengusap kepala Asyiefa lembut
"Tak , rasa macam bertenaga semalam . Kalau saya nak lari marathon pun saya boleh buat rasanya..." ujar Asyiefa . Mata Zafriel terbuntang terus
"Sayang lari ke semalam?!" Nada Zafriel sedikit terkejut bila dengan perkataan lari
"Mana ada...saya cakap je"
"Sayang jangan cuba benda benda pelik please , risau Abang . Bukan Abang je yang risau , Mama , Mommy semua ha ...nak buat benda pelik jugak bagitahu Abang dulu" tutur Zafriel
"Okay..tapi sekarang , saya rasa nak benda pelik la..."
"Sayang nak apa?"
"Saya.....teringinnnn sangat nak gigit Abang . Dah lama pendam hihi" Asyiefa menyengih . Zafriel menggelengkan kepalanya
Asyiefa...
Asyiefa...
"Nak gigit Abang? Sedap ke Abang nih? Pagi pagi pun ada mengidam Abang lagi ke..."
"Sedap! Rasa bacinnn...hehe"
"Itu sebab Abang berpeluh dan-" belum sempat Zafriel menghabis kan ayat . Handphonenya mula berbunyi dan minta untuk diangkat
"Kejap eh Sayang..."Zafriel membuka sliding door dan keluar sambil bercakap dekat telefon. Asyiefa yang terkebil kebil di kerusi mula mengambil langkah untuk bangun .
Pintu bilik dipulas dan Asyiefa terus keluar daripada bilik tanpa Zafriel menyedari . Dia berjalan menuruni tangga perlahan lahan sehinggalah sampai le dapur .
Tangannya mula membuka kabinet dapur satu persatu , dahlah dalam rumah nih banyak sangat kabinet sampai dah lupa mana letaknya makanan .
Sampai sahaja kabinet yang hujung dia buka , dia terus tersenyum . Dengan lantas dia mengambil sekotak koko crunch dengan susu kotak dalam peti ais . Mangkuk sudu gigih dia ambil senyap senyap takut mangkuk tu berlaga dengan mangkuk lain lepastu nanti bising .
Dia meletakkan mangkuk tersebut di atas meja dapur , kerusi yang tinggi tu ditarik dan dia melabuhkan punggung . Asyiefa menoleh ke kiri dan kanan takut takut ada Mommy ke bibik ke nampak dia .
Biasanya pukul sebelas pagi macam nih bibiknya tengah sidai kain , tapi tak kelihatan pula . Dah sidai kot...
Positif...
Selesai sahaja dia membasuh mangkuk tersebut dan menyimpan semula kotak koko krunch lebih tu . Sekarang nih penuh dengan makanan yang mengidam , semua Zafriel dah beli . Tapi itulah tak tahu mana dia sorokkannya
Asyiefa memyimpan susu kotak tersebut di dalam peti ais semula . Matanya melilau dalam peti ais sambil hujung jarinya mengetuk dagunya ..
"Apa lagi yang ada eh..." bisik Asyiefa sorang sorang
Dia membuka peti di atas , tempat beku . Terus dia gembira bila ternampak ais krim kitkat satu bekas tu . Nampak macam baru . Lantas Asyiefa mengambil dan membukanya . Sudu diambil dan dicedok terus masuk ke dalam mulut
Dia menutup peti ais tersebut . Bekas ais krim dan sudu ditangannya perlahan lahan di bawa ke ruang tamu . Kadang kadang kena berhati hati juga takut kena terjah dengan Mommy dah satu hal tak dapat makan ais krim .
Tiba tiba ada satu tangan memegang pergelangan tangannya lantas dia menoleh .
Omg Zafriel...
"Sayang what are you doing...." ais krim di tangan Asyiefa dirampas oleh Zafriel . Bekas bungkusan ais krim ditilik oleh Zafriel
YOU ARE READING
Love you Mr Hot Guy
Romance"I want to be with you for the rest of my life and if you needed me to i'd jump out of plane for you" Zafriel Love of action will be sweet if there is no bitter ?WARNING: Not copy paste! and No copy paste . This is my own idea and perah otak sendiri...