Bab 39 •single?•

11K 332 8
                                    

Katil besar dipanjat oleh Asyiefa , dia menongkatkan dagunya betul betul merenung Zafriel yang sedang tidur . Hidung mancung Zafriel sengaja dicuitnya sampai ke bulu mata lebat Zafriel pun Asyiefa duk tarik tarik macam nak kasi tercabut . Nasib baik Zafriel tak sedar

Bahu Zafriel ditolak kecil beberapa kali

"Awak bangun.." Asyiefa memperlahankan suaranya di tepi telinga Zafriel . Dahi Zafriel berkerut kerut dan perlahan lahan mata Zafriel terbuka dan terus meratap Asyiefa yang merenungnya dalam keadaan mamai

"Kenapa Sayang? What time is it.."

"Dah pagi dah , nanti awak lambat hantar saya ke kelas .." ujar Asyiefa

Zafriel pun em dan mula bangun . Inilah jadinya kalau tertidur lepas subuh , dia jadi malas betul walaupun minggu nih dia dah start masuk kerja . Entah entah lagi menimbun dekat meja dia bila dah beberapa minggu ditinggalkan . Hanya kerja di rumah je .

Dengan segera Zafriel membersihkan diri di bilik air . Sambil tu Asyiefa baru nak turun niat nak buatkan sarapan tapi Mama dah buatkan dah sarapan , jadinya dia terpaksa menunggu lah Zafriel sehingga turun ke bawah

Setengah jam kemudian Zafriel turun dengan pakaian kerjanya yang kemas dengan gaya coat hitamnya dan briefcase . Gambaran Zafriel betul betul beekonsepkan boss , dah nama CEO syarikat sendiri .

---

Kereta audi hitam elok terparkir di depan kolej tersebut . Pelajar lain ada yang gatal nak tengok siapa yang berani menghantar sampai ke sini pulak tu . Asyiefa berasa berdebar debar pula bila melihat bangunan yang akan dia menimba ilmu di situ jua , kedua tangannya tak berhenti meramas sama sendiri .

"Sayang you'll be fine" Zafriel menarik tangan kecil Asyiefa dan digenggam kemas , tapak tangannya betul betul sejuk semacam macam frozen

"Saya takut.."

"Don't be afraid . Bestfriend Sayang kan ada dekat sini right? Sarah and Balqis kan? Its okay , Sayang bukan sorang sorang pun kat situ..ramai lagi"

"Hm balik nanti awak janji eh ambik saya?"

"I will inshaallah.."

"Okay saya pergi dulu , nak salam!"

Zafriel menghulurkan tangannya dan terus disambut oleh Asyiefa dan dicium perlahan . Zafriel sempat menarik dagu Asyiefa dan mencium dahinya . Pintu kereta dibuka untuk keluar , mata Zafriel menghantar pergerakan Asyiefa sehingga ke depan kolej .

Zafriel memulakan perjalanannya .

Sampai sahaja di company milik Zafriel dia memarkirkan keretanya di tempat khas untuknya . Zafriel menuju ke pintu masuk yang menghubungkan basement tersebut , ramai pekerja pekerjanya memberu salam dan tunduk hormat . Tak lupa juga staf yang menjaga kaunter di sana , betul betul berdiri dan menundukkan badannya bila Zafriel berlalu didepan diorang .

Butang lift ditekan , sementara menunggu lift sampai ke ground Zafriel menilik jam tangan fossilnya , 8.30 am.. bagi dia macam ala lambat lagi . Sampai sahaja di levelnya Zafriel terus menuju ke biliknya sendiri , kad di scan di tepi pintu kaca sebelum masuk . Dan membuka lagi satu pintu . Nampak mewah sangat nak kena ada banyak pintu, satu pintu kaca auto open dan pintu mewah yang bukan lutsinar .

Baru sahaja Zafriel melabuhkan punggungnya pintu biliknya diketuk .

"Come in!" Ujar Zafriel

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now