Bab 68 • tiga kesayangan •

9.5K 290 8
                                    

Asyiefa menyuap roti ke dalam mulutnya sambil memindahkan cawan dan pinggan yang baru lepas basuh ke dalam kabinet. Dia mengelap tangannya di tempat pengelap. Hari nih twins sudah satu tahun lima bulan! Dah besar sikit yeay! Dah pandai merangkak dan dah pandai berdiri dah. Kalau berjalan tu memang laju je tapi kalau penat tu terus dia jatuh terduduk sebab lenguh lepastu menangis minta Dadda takpun Mamma dukung

Dia mengambil mangkuk yang berisi makanan baby. Dia membawa dan berjalan ke depan , kelihatan twins tengah main dengan mainan. Bila Asyiefa datang je diorang mula merangkak rangkak datang dekat Asyiefa lepastu tarik tarik kaki Mamma

"Mah...mmahh....mm..." Noah dah pandai dah panggil Mamma nya sikit sikit pun jadi la. Nayla pun sama

Tapi Nayla nih suka menjerit keluar suara nyaringnya habis bergema satu rumah. Bila Asyiefa suap sikit sikit mulalah tu Nayla tolak Noah sebab asyik Noah je dapat makan dulu. Muka Nayla macam tak puas hati je tengok Noah. Suka sangat jealous dengan Abang dia

Noah buat tak tahu je bila bahu dia kena tolak dengan Nayla. Takdalah kuat mana pun . Lepastu Noah pandang Nayla dengan muka kerut dia lepastu

Bam!

Noah tolak muka Nayla kuat kuat sampai Nayla terjatuh terduduk nasib baik jatuh atas tilam . Pastu Noah buat tak kisah je bila Nayla menangis. Asyiefa terus dukung Nayla pujuk semua cium cium kepala Nayla

"Alolo anak Mamma siapa buat dia..." Asyiefa mengusap badan kecil Nayla. Nayla menangis sambil gigit jari telunjuknya dengan muka merahnya mata bulat dia . Haih Nayla.....

Bila Noah nampak Asyiefa dukung Nayla baru dia eh eh lepastu menangis tak suka tengok Mamma dia dukung Nayla. Lepastu tarik tarik seluar Asyiefa sebab dia pun nak dukung juga. Sudahnya Asyiefa duduk di lantai menyandar di kerusi lepastu Noah datang terus peluk leher Mamma . Nayla diam je peluk Mamma dia juga

Zafriel baru sahaja balik dari kerja . Ditanggalkan coat dan briefcase nya di letakkan di sofa. Dia mula menangkap twins dulu lepastu digigit kecil telinga diorang geram!

Nayla dah mula okay dah dengan Dadda dia , dia suka cium bibir Dadda dia. Tahulah Dadda dia handsome, lepastu suka geselkan geselkan dagu kecilnya dekat jambang halus Dadda. Asyiefa menggeleng je tengok, perangai Nayla macam terikut Mamma dia pula.

Noah pula suka panjat belakang Zafriel. Zafriel tu dah lah tinggi kalau Zafriel duduk dekat lantai jaga babies yang tengah tengok tiga ekor ayam kecil menyanyi tu mesti Noah nak naik belakang Dadda dia. Sampai naik risau Zafriel dibuatnya lepastu air liur meleleh dekat belakang Zafriel , Zafriel tak kesah pun.

Rambut Zafriel pun suka dimain, dia usap usap kepala Dadda dia lepastu tarik. Noah memang macam tu. Terpaksa lah Zafriel tahan...tapi Mamma buat lagi sakit

Eh.

"Sebut Dadda...come on Noah sebut Da dda.." Zafriel buat mulut sambil mengajar Noah cakap Dadda

"Ddah...mma...mm..." itu je dia sebut

Noah tengok je mulut Dadda dia cakap. Lepastu terkebil kebil tak tahu nak cakap pastu huh huh and then gelak. Nayla pun ikut join tengok Dadda dia cakap dengan Noah. Nayla panjat atas kaki Zafriel lepastu dia pegang kedua dua pipi Zafriel, dengan tangan kecik dia tu dekat muka Zafriel tu . Comel!

Nayla senyum je tengok muka Dadda dia , lepastu Zafriel sengaja mengemam jari kecil Nayla. Pastu Nayla gelak la lepastu geli. Noah pula dah malasan dah , dia baringkan tubuh dia dekat kaki Zafriel dengan perut buncitnya kepala di sandarkan di perut abs Dadda dia sambil tengok omar dan hana. Kartun barney lah

Noah dengan Nayla dua dua dah tak pakai sarung tangan kecil dah cuma pakai stokin je dekat rumah. Dekat luar pun sama.

Asyiefa menuruni tangga dengan membawa bakul kosong setelah selesai sahaja menyimpan baju. Dia meletakkan semula bakul ke dalam bilik utiliti di belakang. Asyiefa menghampiri ke arah ruang tamu atas iaitu ruang tamu khas untuk keluarganya sahaja. Kelihatan Zafriel tengah melayan Noah dengan Nayla atas karpet tebal yang berbulu tu...

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now