Bab 23 •akhirnya•

13.1K 426 8
                                    

Asyiefa melihat tangan yang dipenuhi corak inai yang cantik dan kemas begitu juga dengan kakinya yang tak terlalu banyak corak , sebab tak nak nampak buruk . Sesekali Asyiefa sering menguap sahaja bila menunggu inainya betul betul kering , matanya dah mula memberat .

Kalau tengok jam dah menunjukkan pukul 11 malam patutlah mengantuk ya amat . Asyiefa masih duduk di sofa sambil melunjurkan kakinya , tak sangka pula esok dia sudah dinikahkan

"Mama inai ni dah kering ke belum?" Laung Asyiefa di ruang tamu , makcik makcik yang tolong tadi ramai yang sudah pulang sebab dah lewat malam . Majlis akad nikah esok pagi pula tu

"Cuba sentuh sikit kat inai tu , ada kesan tak? Kalau takde dah kering la tu" ujar mama

Asyiefa cuba menyentuh bahagian yang diinaikan dengan tangan sebelahnya dengan menggunakan pergelangan tangannya , rasa kelakar pun ada jugak . Tiada kesan!

"Mama dah kering.."

"Pergi basuh lepastu terus tidur cepat tau"

"Baikkk" Asyiefa bergegas membilas

Setelah selesai membilas Asyiefa segera masuk ke dalam bilik tidurnya dan menutup pintu . Sekarang design biliknya berubah menjadi semuanya putih . Asyiefa perlahan lahan merebahkan tubuhnya ke atas katil , kepalanya ditolehkan ke kanan dan dilihatnya sepasang baju dress putih yang sangat cantik tergantung di cermin besar

Matanya mula memberat dan terus tertidur dengan lena

---

"Kakak , okay ke baju nih ? Rasa macam tak selesa la" Asyiefa memusingkan tubuhnya di depan cermin

"Ya allah Asyiefa , cantiknya akak tengok awak nih.. meh sini akak nak sanggul dulu rambut Asyiefa sebab akak nak touch up dulu" ujar akak tu sambil menyepit rambut asyiefa ke atas

"Jangan banyak banyak tau.. nanti tak selesa.."

"Alahai harini je Asyiefa..biarlah akak letak cantik cantik biar terserlah kejelitaan asyiefa ha" tergelak kecil terus Asyiefa , ada saja lah kakak ni mengusik dia dah macam adik beradik pula

"Okay siap! Lepas tu Asyiefa pakai shawl putih nih .. nanti akak pin kan mana yang perlu"

Asyiefa menyarungkan shawl putih ke kepalanya , kak ja mula melilitkan dan mengemaskan tudung tersebut seblum meletakkan pin. Setelah beberapa minit siap juga akhirnya

"Okay siap!" Ujar kakak ja

Tok! Tok!

"Ja , meh la makan dulu sebelum majlis bermula nanti kebulur la pula.." pelawa mama

"Mama , Syiefa nak karipap ma!" Terjerit jerit Syiefa

"Eh takde.. lepas nih baru makan , minum air kosong kat atas meja tu" ujar mama

Kak ja segera keluar daripada bilik Asyiefa dan tinggallah dia seorang . Asyiefa membelek belek dirinyadan membetulkan sedikit tudungnya , matanya tertancap dengan bungan ros putih yang digubah cantik di atas katil

Ting!

Segera Asyiefa mencapai telefon bimbitnya , aplikasi ws dibuka

- Honey you'll be mine

Berderau terus darah Asyiefa bila membaca nya , naik seram pula baca mesej dari pakcik nih . Dah tak sabar sangat ke lahai

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now