Bab 71 • don't cry •

8.8K 303 18
                                    

Rania membetulkan rambutnya , sambil berjalan dengan confident menghampiri ke arah Lisa. Matanya sedikit terkejut bila melihat lelaki tersebut adalah Hazam! Budak bawah dia...

Damn!...

"Hey you there.." Rania mengangkat tangannya bagi menarik perhatian Lisa

"Oh my god Rania! My bae, nasib baik i nampak you. Kalau tak aku dah macam orang sesat dah dekat sini. Then orang dekat sini pandang i macam tak kenal pula i ni siapa" Lisa membuat muka gediknya sambil membebel .

Rania membawa Lisa pergi cari tempat kosong, nasib baiklah Lisa tu nak ikut je Rania pergi mana. Sampai sahaja di meja , Lisa melabuhkan punggungnya . Dia mengibas mukanya dengan tangan sebab badannya mula berpeluh. Padahal air cond suhu rendah tu, sejuk!

"Ups i lupa pula nak cari perempuan tu. Mana dia? I nak jumpa dia" ujar Lisa dia dah berura ura nak bangun cepat Rania menahan

"Apa kata kalau you makan dulu..pasal perempuan tu kejap lagi kita cari. Makan dulu yang penting" ujar Rania. Lisa dah mengangguk

Lisa mula bangun dan pergi mengambil dessert sedikit , lepastu dia ambil makanan berat dan dibawa ke mejanya semula. Rania memerhati sahaja Lisa yang sedang makan . Nampaknya dia dah leka sikit bila dapat makan

Hazam yang duduk di sebelah Lisa daripada tadi asyik memandang Rania. Rania perasan , bila mata diorang bertentang Rania terus jeling.

Lampu yang dipasang perlahan lahan menjadi gelap dan hanya ada lampu yang difokuskan di atas pentas sahaja. Lisa dah bertepuk tepuk tangan dah bila Tan Sri Nazril nak berucap. Dia mula berfikir nak bangun semula atau tak. Sebab dalam keadaan gelap sedikit nih susah bagi Lisa nak mencari Asyiefa.

Rania tersenyum sinis.

"Rania , jom teman i. Kita kena buat sekarang . I tak nak melepas" ujar Lisa . Dia dah mula bangun .

Cepat cepat Rania menahannya

"Lisa try tengok sekeliling you, semua tengah duduk. Mana ada orang berdiri masa Tan Sri berucap. Nanti malulah Lisa" ujar Rania

"I nak cari perempuan tu..."

"Duduk dulu Lisa!" Arah Rania dengan nada terkawal. Rasa geram dengan minah ni pun mula menimbul nimbul

"Okay fine" akhirnya Lisa mengalah. Dia kembali duduk semula dengan muka tak bersalah dia tu

Lisa menadah je telinganya melihat Tan Sri berucap , kadang kadang dia menjeling dan memandang sekeliling. Dia menyilangkan kakinya sambil menyandar. Tiba tiba matanya tertacap pada susuk tubuh yang dikenali

Zafriel...

Lisa nampak dari hujung anak matanya . Zafriel baru bangun dari tempat dan keluar ke pintu lain. Lisa mengerutkan dahinya, dia cuba meninggikan kepalanya . Dia nampak Asyiefa!

Selang lima buah meja bulat dan di situlah tempat Asyiefa duduk. Lisa mula tak boleh duduk diam. Dia mengerling memandang Rania yang elok memandang depan mendengar Tan Sri berucap.

aku kena buat juga...

Bisik hati Lisa

Lisa menepuk kecil peha Hazam , dia membongkok sedikit dan mendekati ke telinga Hazam sambil berbisik sesuatu. Hazam mengangguk, tanpa rasa malu Hazam terus bangun dan meminta diri. Semua yang ada dalam hall tu pelik tengok Hazam keluar, orang lain fikir mungkin dia nak pergi toilet

Lisa terseyum sinis bila kelibat Hazam hilang.

"Lisa you tunggu sini, i kena pergi belakang stage kejap" ujar Rania. Dia mula bangun dan meninggalkan Rania sorang sorang di meja. Lisa tersenyum sinis

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now