Bab 64 • akikah •

8.2K 307 7
                                    

Majlis akikah dilakukan secara kecil kecilan sebab Asyiefa yang nak buat kecil je. Cuma majlis nih buat dekat rumah Mommy, Mama pun ikut datang dengan Hana dan sekeluarga. Cuma menjemput kenalan rapat dan juga saudara mara yang terdekat je.

Bila Asyiefa dengan Zafriel bawa twin tu semua macam wah cutenya , bisik bisik cakap comel la.

Masa cukur rambut tu, Zafriel pegang Noah dan Asyiefa pegang Nayla. Dua dua menangis bila kena cukur, melalak satu rumah. Selesai sahaja cukur rambut Asyiefa meletakkan Noah dan Nayla dalam katil baby tersendiri yang bergerak automatik dekat pelamin yang ditempah khas.

Noah dengan Nayla terus nyenyak tidur. Zafriel pula melayan tetamu yang hadir manakala Asyiefa melihat Noah dan Nayla masa tidur. Banyak sangat orang nak tangkap gambar twin masa tidur, comel.

Waktu Noah bangun, memang Mommy ambil dia lepastu bawa dia entah ke mana sebab kawan kawan Mommy semua nak tengok. Kalau Nayla pula ada dekat Asyiefa.

Tiba tiba entah macam mana ada tetamu yang tak diundang boleh datang. Guess what?

"Hai Zaf..i bawak kawan i, tak salah kan?" Ujar Rania. Lisa di sebelahnya menghulurkan tangan untuk salam

"Tak salah" ujar Zafriel tenang

Zaf memandang Lisa, cantik berbaju kurung selendang diletakkan je di kepala masih lagi boleh nampak rambutnya. Zaf senyum senget, dia memandang kosong ke arah tangan Lisa. Apa ingat dia mudah jatuh hati ke?

"Congrats! Dapat baby twin yang comel comel.. i tumpang gembira dengan you" ujar Lisa

"Thanks.." ujar Zafriel

Lisa perlahan lahan menarik kembali tangannya, bila tak disambut . buat malu je

"Mommy yang invite i, boleh i tahu Mommy dekat mana?" Soal Rania.

"Dia ada dekat khemah luar dengan kawan kawan Mommy.." ujar Zafriel. Muka serious je

Takut tengok

"Jom Lisa " Rania menarik tangan Lisa.

Zafriel berjalan masuk ke dalam rumah agam Mommynya. Dia berjalan menuju ke pelamin yang ditempah. Hatinya rasa lega sebab Asyiefa tengah duduk bersimpuh disitu sambil memegang Nayla yang tidur, sekeliling Asyiefa semua anak anak kawan Mommy macam baya baya budak perempuan bujang. Semua tengok Nayla

Asyiefa melayan je dengan perempuan perempuan tu. Dah boleh buat member baru dah. And then perempuan tu ada ajak berborak dengan Asyiefa. Siap gelak gelak, Sarah dan Balqis pun join juga gosip girl tak berdaftar nih.

Asyiefa yang nampak Zafriel sedang berjalan menghampirinya terus dia meminta diri, lantas dia menghampiri Zafriel.

"Sayang mana Noah?" Soal Zafriel. Dia mengusik pipi Nayla lembut

"Noah ada dekat Mommy entah la Mommy duduk dekat mana. Risau Noah tu lapar je, Nayla saya dah susukan tadi dekat bilik..Noah je belum" ujar Asyiefa

"Nanti Mommy pandai pandai lah tu cari Sayang kalau Noah menangis.." ujar Zafriel.

Bunyi tangisan bayi menarik perhatian Zafriel dan Asyiefa lantas dia memandang ke luar rumah. Kelihatan Mommy tergesa gesa masuk ke dalam rumah bawa Noah. Asyiefa tergelak kecil melihat Mommy yang dah gelabah.

"Panjang umur.." sambung Zafriel

Nayla di tangan Asyiefa di ambil oleh Zafriel. Asyiefa mengambil Noah dari Mommy dan lantas dia bawa masuk ke dalam bilik tetamu di bawah di mana tempat Mama nya sedang berehat sekejap.

Tuk! Tuk!

Asyiefa memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik, kelihatan Mama baru sahaja selesai menunaikan solat dan tengah melipat sejadah.

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now