Bab 34 •perv!•

20.7K 432 6
                                    

Tuk! Tuk! Tuk!

"Erm..." Asyiefa sedikit merengek bila dia mengeliat saat dia terdengar bunyi ketukan pintu . Dia cuba membuka matanya perlahan lahan dan cuba bangun . Dia menyandarkan tubuhnya ke kepala katil , tetapi bila dia cuba mengheret tubuhnya .. dia rasa pedih , sakit , lenguh dekat bahagian kakinya .

"Asyiefa? Zafriel?.." laungan Nenda dari luar membuatkan Asyiefa terbuntang dan terus menyahutnya semula

"Iye Nenda..Syiefa dah bangun dah.." balas Asyiefa

"Nanti turun ya.."

"Okay Nenda.." Akhirnya Asyiefa kalah dan terus menutup matanya dan menyambung tidurnya semula , dia berasa seakan akan penat sangat sangat . Tapi dia tak ingat apa yang berlaku sebelum tu.. langsung

Akhirnya Asyiefa sambung membuai mimpinya semula

---

Asyiefa terjaga dari tidurnya bila terdengar pancuran air dalam bilik air . Dia mula bangun dan duduk jap dan menenyeh matanya , dan menguap kecil . Terbuntang terus matanya bila comforter yang menutupi tubuhnya meleret jatuh sedikit sehingga menampakkan bahunya yang terdedah semua tanpa seutas benang langsung

"Agh!......" terjerit Asyiefa terus bila melihat keadaannya sebegini , tubuhnya dari atas sampai bawah langsung tiada seutas benang dan hanya comforter sahaja dapat menyorok tubuhnya yang terdedah .

Zafriel yang baru keluar daripada bilik air memandang tepat ke arah Asyiefa yang menjerit tadi . Dia memerhati gerak geri isterinya menutup seluruh tubuhnya dengan Comforter , hujung comforter tersebut dirapatkan ke hujung dagunya . Asyiefa menoleh kiri dan kanan sebelum menoleh ke arah Zafriel yang dalam keadaan bertuala sahaja di pinggang dan nampak segala six pack pada tubuh sasa Zafriel . Dah lah tinggi

"Aw-awak...saya dah kene ro-rogol ke?..." soal Asyiefa dengan masih terketar ketar dia

Zafriel tergelak sinis kejap , then dia pandang Asyiefa semula ..

"Haah , why?" Itu dia soalan Zafriel

"Ha?! De-dengan siapaa?... ka-kalau saya mengandung .. awak nak jaga saya ke...saya tak tahuu siapa yang rogol saya....awak jangan marah saya... saya takut...." banyak betul yang terpacul dekat bibir Asyiefa . Bertubir tubir dia mengalirkan air matanya

Zafriel terpecah gelak besarnya . Zafriel menghampiri ke arah Asyiefa yang berada di atas katil lagi . Dia berdiri di sebelah birai katil dan menyilangkan tangannya sambil memerhati Asyiefa yang masih terkebil kebil

Asyiefa membalas pandangan Zafriel , tiba tiba kening Asyiefa berkerut dan memandang tubuhnya sendiri atas bawah . Ternganga terus mulut Asyiefa cepat cepat dia menarik comforter tu menutup tubuhnya yang terdedah

"Euw pervert!........."

"Hahahaha! Aku datang dekat baru kau faham..." ketawa Zafriel mebuatkan Asyiefa tersangat malu dan terus dia menyorok mukanya di sebalik comforter tu juga . Habis merah pipi dia teringat semula kejadian malam tu
"Tak yah nak sorok muka tu , aku dah nampak 'kesemuanya' Sayang.."

Ujar Zafriel sambil mendekatkan mukanya ke sebelah telinga Asyiefa , sengaja dicuit lembut bahu Asyiefa yang terdedah . Asyiefa sedikit terundur sehingga ke belakang dan

"Auch!....." dia baru teringat kesan luka dekat tapak tangan dia , dia melihat tapak tangannya dan tiada pembalut! Asyiefa menoleh kepalanya memcari pembalut tersebut takut takut terjatuh bawah katil ke.. kan dah kuman

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now