Bab 36 • new house •

13.6K 364 8
                                    

Asyiefa pov

Harini adalah hari dimana Zafriel tiba tiba menyuruh aku untuk bersiap siap dengan cepat , entah ke mana dia nak bawa aku pula . Aku rasa macam pelik sebab baru je balik dari kampung semalam and then dia tak rasa penat ke ? Asyik drive sana sini.. bila bodyguard nak tolong dia asyik menolak . So ego...

Aku mengambil beg yang selalu aku bawa keluar dan juga telefon bimbit dan dompet . Dengan langkah segera aku menuruni tangga dengan cepat sebab daripada tadi Zafriel asyik menghonkan kereta BMW dia tu sebab nak suruh aku cepat . Cuba sabar..

Pintu kereta sebelah dibuka dan terus aku masuk . Tali pinggang dipakai , tiba tiba aku baru teringat sesuatu dan membuka tali pinggang semula tapi tak menyempat aku keluar Zafriel dah tegur

"Where are you going?"

"Nak bagitahu Mommy yang kita nak keluar.."

"No no no"

"Kenapa? Nanti mommy tak tahu kita pergi mana"

"Its okay , aku dah bagitahu mommy dah"

Aku mengangguk kecil . Tali pinggang tadi dipakai semula , aku merenung ke luar tingkap sejak bermula perjalanan tadi . Bandar memang cantik dengan bangunan tinggi pencakar langit , pelancong sana sini

Tapi...

Aku rindu mama...

"Kenapa kau termenung?" Zafriel menyoalku tiba tiba , dari gerak geri dia seakan akan dia dah perasan yang aku asyik termenung je

"Um takde apa apa" aku memalsukan perkara yang terbuku dalam diri aku

"Kau cuba tipu aku ke? Aku dah dapat kenal reaction muka kau tu.. macam ada secret yang kau sembunyikan dari aku , its that right?" Zafriel meyempat mengusap dagu aku semasa memandu

"Macam mana awak tahu?" Aku mengangkat kening ke arahnya

"Because im your husband , so i know you.."

---

"Okay dah sampai" Ujar Zafriel sambil membuka tali pinggang dan menutup enjin

Asyiefa masih lagi di dalam kereta memandang sekeliling . Dalam hatinya beribu ribu soalan yang muncul bila melihat Rumah Banglo tiga tingkat yang betul gah dan modern di depan matanya . Dia agak tak percaya dia dapat melawat rumah yang tercatat dalam list rumah idamannya

"Awak , kita nak melawat siapa nih?" Asyiefa masih lagi tak lepas matanya daripada melekap melihat rumah tersebut . Tangan Zafriel digenggam tanpa disedari , Zafriel membiarkan sahaja dan mengeratkan lagi pegangan

"Aku nak tunjuk kau cara nak buka pintu" Zafriel mengeluarkan kunci di dalam poketnya

"Apa lah awak nih takkan cara nak buka pintu pun awak nak ajar saya.." tergelak kecil Asyiefa dibuatnya dengan perangai Zafriel
"Eh tapikan kenapa ada kereta kereta awak yang lain ada dekat sini? Itu semua kereta awak kan?"

Asyiefa mengerutkan dahinya bila dia melihat banyak kereta yang rasanya milik Zafriel tersusun cantik di kawasan letak kereta situ . Dia semakim rumit dengan keadaannya sekarang .

"Awak ini rumah siapa ni?" Asyiefa masih buntu dan menanyakan soalan dekat Zafriel

"Rumah jiran , tapi aku nak masuk jap nak tengok . Boleh?" Ujar Zafriel sambil memandang Asyiefa disebelahnya yang seperti kebudak budakkan menarik lengan sasanya supaya berhenti dari buat kerjanya

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now