Bab 72 • ego •

8.1K 287 5
                                    

Hari berganti hari, Asyiefa masih berada di rumah Mama bersama anak anaknya. Dan sampai sekarang juga Zafriel tidak usaha untuk mencari dirinya. Dia menganggap Zafriel sudah tidak mempedulikan dia dan juga anak anak. Diam tanpa sebarang pesanan pun yang datang...

Biar. Asyiefa lebih suka macam nih. Dia semakin reda sedikit selepas dia ternampak benda yang berlaku semasa dinner night berlangsung. Air mata terasa seperti sudah kering untuk mengalirkannya, cuma rasa pendam sahaja yang masih tersimpan dalam diri dia.

Mama tahu sebab Asyiefa sudah cerita. Setiap kali Asyiefa menolong Mamanya di dapur, Mama akan melihat air muka Asyiefa. Masih lagi simpan perasaan sedih dalam diri dia. Cuma Mama tak nak tanya je..

"Mama, yang ini Syiefa masukkan terus dalam kuali ye" ujar Asyiefa. Dia membawa mangkuk kecil merah yang berisi bawang dan kentang selepas dipotongnya tadi

"Masukkan je. Syiefa pergi lah depan tengok Noah dengan Nayla tu buat apa, risau Mama bila biarkan budak berdua tu dekat ruang tamu" ujar Mama.

Asyiefa mengangguk dan terus membersihkan tangannya, dia berjalan menaiki tangga papan dan menuju ke ruang tamu. Apron yang di pakai di lipat semula dan disimpan ke tempat rak. Baju tshirt panjangnya di turunkan semula di bahagian lengan selepas disingsingnya tadi.

Dia menapak perlahan dan menjengulkan kepalanya di ruang tamu, bibirnya mula mengukir senyuman...

"Main apa tu Sayang..." laung Asyiefa lembut memanggil anaknya

Noah dengan Nayla bila terdengar je suara Asyiefa, dua dua toleh pandang Mamma nya. Nayla dah mula nak bangun nak pergi dekat Asyiefa, baju Asyiefa di tarik tarik. Asyiefa pun dah faham yang Nayla tu lapar.

"Jom, kita tidur dalam bilik" ujar Asyiefa. Sambil mendukung Nayla dulu dengan berhati hati masuk ke dalam bilik lepastu baru giliran Noah

Noah dan Nayla dah baring dekat atas katil lepas Asyiefa letak. Si Noah dia berguling lepastu dia bangun nak turun katil sebab nak main dekat ruang tamu balik, sebab kawasan tulah kawasan diorang suka main sebab ada mainan

Asyiefa mula bangun dan menuju ke almari pakaian, dia memunggah sedikit dekat beg pakaian untuk mencari sesuatu. Asyiefa mengambil kereta mainan jenis kain. Mainan tersebut di beri kepada Noah. Mainan tu favourite Noah sangat sebab mainan tu dia macam squishy tapi jenis fabrik so Noah suka gigit gigit benda tu

Selepas sahaja menyusukan twins, Asyiefa bingkas bangun dan menyelimutkan tubuh kecil Noah dan Nayla yang lena tidur. Dua bantal besar diletakkan kedua dua belah mereka takut diorang berguling jatuh pula.

Rambut panjang Asyiefa diikat kemas sebelum menuju keluar semula. Belum melangkah keluar daripada bilik, handphonenya berbunyi...

Asyiefa berjalan menuju ke meja solek, nama yang tertera di skrin di pandang kosong.

Zafriel calling...

So much hate.

Nama contact Zafriel sudah bertukar daripada Abang ke namanya sahaja. Inilah perempuan. Asyiefa meletak semula handphone nya di atas meja solek dan beredar, dia menoleh semula dan mengambil phone itu semula . Butang off phone ditekan. Asyiefa sengaja nak matikan handphone tu

"Kenapa baru harini nak call, selama nih dia buat apa? dah bosan kot dating dengan perempuan lain itu yang cari aku" gumam Asyiefa seorang. Matanya betul betul menjeling ke arah handphone nya, rasa macam nak baling phone tu dekat lantai biar habis berderai. Geram! Benci!

Ego...

Mata Asyiefa berkalih memandang Noah dan Nayla yang sedang tidur di atas katil, perasaan dia semakin reda bila melihat twins. Dia menghampiri ke arah twins semula, satu bantal besar dialih. Asyiefa mula baring mengiring menghadap babies sambil memeluk tubuh mereka.

Dia mencium kedua dua kepala Noah dan Nayla.

Mata Asyiefa mula memberat, mulutnya tak berhenti henti mendodoikan babies dengan membaca tasbih dengan perlahan. Baru sahaja dia nak menutup mata , Asyiefa terdengar bunyi ketukan pintu di biliknya. Asyiefa menoleh memandang ke arah pintu

Mama menolak sedikit pintu biliknya.

"Kenapa Ma?" Soal Asyiefa

"Zafriel datang. Dia baru sampai dan sekarang dia ada dekat luar rumah belum masuk lagi. Jom keluar..tolong Mama hidangkan makanan tengahari boleh makan sama sama" ujar Mama

Asyiefa yang terdengar sahaja terus menukar posisinya ke posisi duduk.

"Mama, cakap dekat dia Syiefa tak ada dekat rumah...jangan bagi dia masuk bilik ni please Ma...please..." ujar Asyiefa , kedua dua tapak tangannya di rapatkan seperti orang merayu. Riak mukanya seperti gelabah sedikit

"Syiefa...dia masih suami Syiefa. Kenapa tak benarkan dia masuk bilik ni pula?"

"Mama...mama, Syiefa tak nak jumpa dia....tolong Ma.." merayu Asyiefa

Mama mengheluh nafasnya, dia kembali menutup pintu bilik Asyiefa semula. Mama berjalan ke pintu rumah untuk memanggil Zafriel masuk rumah.

Zafriel yang tengah membuka kasutnya terus masuk ke dalam rumah. Zafriel meletakkan coatnya di atas kerusi jam tangannya di buka dan diletakkan di atas meja dan juga phonenya.

"Zaf, kamu duduklah dulu. Mama nak hidangkan lauk kejap. Nanti kita makan tengahari sekali ya" ujar Mama

"Mama, Syiefa mana?" Soal Zafriel

"..." diam.

Zafriel menunduk dan melepaskan keluhan kecil. Dia kembali membuka suara semula

"Mama, Zaf nak solat zohor dulu boleh..." ujar Zafriel.

"Kalau nak solat, solat dekat bilik Mama dulu. Dah, mama nak pergi dapur kejap nak hidang lauk. Zaf tak masuk kerja ke lepas ni?" Soal Mama

Zafriel menggeleng dan diam.

Asyiefa perlahan lahan membaringkan tubuhnya ke atas katil selepas mengunci pintu bilik. Harap harap Zafriel tak dengar. Dia mengiring memandang Noah dengan Nayla yang sedang tidur. Tadi dia sempat melekapkan telinganya di pintu bilik, bila terdengar je suara Zafriel terus air matanya mengalir...

Itulah namanya rindu...

---

Pintu rumah diketuk kuat seperti mahu runtuh pintu tersebut. Hana yang tergesa gesa dari dapur membuka kunci pintu rumah sambil berkata sabar kepada orang di luar tersebut. Buka sahaja daun pintu rumah, Hazam dalam keadaan bajunya yang terkoyak sedikit di bahagian leher dan juga kesan lebam di hujung bibirnya. Ada darah sedikit yang mengalir di dahinya

"Ya allah, Abang Haz dari mana nih sampai macam nih sekali?" Soal Hana. Hana menyentuh lengan Abangnya sedikit lantas Hazam menepisnya

"Kau boleh tak jangan kacau aku?! Sukahati aku lah nak buat apa pon" ujar Hazam. Dia berjalan menuju ke biliknya dan meninggalkan adiknya Hana

Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil, dia meraup kasar wajahnya sambil menutup mata. Dia mengeluh kasar bila teringat kena belasah dengan seorang lelaki nih. Entah siapa tah!

Hazam mengeluarkan dompet di dalam kocetnya dan dibelek sekiranya masih lagi ada duit di dalamnya. Bila buka je dompet memang satu sen pun tak ada..sah! Lelaki tadi ambil semua duit dia. Sebab dia berhutang dengan ramai orang lah dia kena belasah macam nih sekali

"Aku penat ikut arahan orang, lebih baik aku buat sendiri je ah lagi bagus! Duit pun aku tak dapat lagi. Memang aku rasa pompuan tu dah bankrupt! Sial!" Marah Hazam.

Sudah lama dia tak dapat duit yang perempuan tu janjikan. Bukan main teruk Hazam ikut semua arahan perempuan tu. Tapi satu habuk pun tak nampak.

Phone diambil dan didail nombor Lisa beberapa kali. Langsung Lisa tak angkat. Hazam menghempas phonenya di cermin di hadapannya habis pecah berderai.

"Bodoh punya perempuan!"

Hai ! Sorry sebab dah lama tak update benda nih. Sis terlalu busy sangat sangat sampai tak sempat nak update. Lagi beberapa chapter je lagi nak tamat dah untuk LYMHG . Dah tak sabarkan nak habis?😂

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now