Bab 46 •mual•

13.1K 317 17
                                    

Azan subuh berkumandang menyebabkan Asyiefa terjaga dari lena , dia menoleh ke sebelah . Kosong dan hanya bantal sahaja. Perasaan rindu pada Zafriel semakin kuat , dengan gigihnya Asyiefa bangun dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu untuk menunaikan solat fardhu

Selesai sahaja solat Asyiefa melipat telekung tersebut dan diletakkan ke atas katil , surah yasin yang dipegang di simpan semula ke tempat asal .

Asyiefa melabuhkan punggungnya ke katil , matanya terus jatuh ke arah perutnya . Terus dia mengusap perlahan sambil mulutnya terkumat kamit membaca doa khas untuk kandungannya . Dia mengambil telefon bimbitnya , sudah tiba masa dia perlu menceritakan hal ini kepada Hana . Daripada semalam lagi Hana tak tahu sebab apa Asyiefa pengsan dan mual .

Dia mula mulanya nak call Hana , tapi rasa macam dia tak bangun lagi nih sebab dia ada bagitahu minggu nih dia ada masalah wanita . Jadi dia menghantar mesej sahaja , bagi Asyiefa tak puas hantar mesej tapi kena bagitahu juga perkara sebenar .

Telefon tersebut ditutup semula dan diletakkan di atas katil . Keningnya sedikit berkerut bila isi perutnya meminta untuk keluar cepat cepat dia bergegas masuk ke dalam tandas

"Bwekk...wekk..."

Asyiefa mengelap bibirnya dengan belakang tapak tangan . Usai sahaja dia terus keluar daripada tandas dan menuju ke ruang tamu , dia melabuhkan punggungnya dan menyandarkan tubuhnya .

Dia memejam rapat matanya , dan sedikit mengeluh . Tiba tiba ada tangan melekap ke dahi Asyiefa dan membuatkan Asyiefa tersedar dari pejam mata .

"Kenapa ni Syiefa , demam ke? Ataupun tak larat .. rasa mual ada lagi?" Soal Mama yang dalam keadaan bertelekungnya

"Tak , Syiefa tak demam tapi.. masih lagi mual la Mama..." ujar Asyiefa

"Syiefa kena jaga makan minum , makan banyak nutrisi untuk bayi dalam perut tu tahu . Jangan skip makan , sebab sekarang nih Syiefa bukan bujang lagi .. dah ada Suami , dalam perut tu ada kandungan lagi"

"Tapi Syiefa tak ada rasa nak makan lagi..." Asyiefa buat muka senget dia tu dekat Mama

"Baru baru lagi memang tak nampak sangat mengidam Syiefa nanti . Tunggulah bila dah nak masuk empat bulan nanti..baru tahu apa itu nikmat makan"

"Hm......."


Tut....tut...

"Hello?" Suara Zafriel menyahut panggilan telefon tersebut .

Asyiefa gembira dan teruja bila terdengarnya suara Zafriel . Sengaja dia guna telefon rumah untuk telefon Zafriel , sebabnya kalau guna telefon bimbit dia tak akan angkat langsung . Busy sangat ke!

"Abang!.." gembira Asyiefa dibuatnya

"Eh la Sayang , kenapa ada apa nih ? Abang tengah sibuk sekarang nih .. nanti eh Abang call Sayang balik , bye i love you!"

Tut.......

Telefon yang melekap di telinga perlahan lahan jatuh dan diletakkan ke semula sama seperti senyuman Asyiefa , daripada gembira bertukar menjadi masam . Asyiefa sedikit kecewa dengan tindakan Zafriel sekarang nih sampai tak sempat nak jawab call , sibuk sangat agaknya tu .

Dia gigihkan dirinya dengan berfikir positif , mungkin Zafriel tu tengah meeting or tengah cakap dengan orang lain . Nanti dia balik Malaysia borak lah puas puas atau nak lepas rindu ke .

Love you Mr Hot GuyWhere stories live. Discover now