Pintu dibuka dengan perlahan-lahan. Mia melihat sekeliling samada selamat atau tak.
Tiba-tiba bunyi air di dalam bilik air membuatkan Mia melepaskan nafas lega. Tanpa berlengah Mia meletakkan beg rodanya ditepi almari bajunya.
Baru hendak keluar semula. Tiba-tiba langkahnya termati. Terlihat kotak yang disimpan barang-baranya itu habis berselerak di atas katil. Kenapa aku masuk tadi tak perasan pun? Soalan pertama mula timbul di minda Mia.
Mia mendekati katilnya. Semua barangnya berterabur di atas katil. "Ape salah barang aku ni? habis barang aku selerak. Haih.. baru jer kemas tadi." Mia mengeluh dengan perlahan namun persoalan masih bermain di mindanya.
Baru sahaja Mia hendak mengutip semula barang-barangnya.
"Mana kau simpan barang kenangan kau dengan lelaki tadi hah?" Irfan yang muncul tanpa Mia sedari membuatkan mia terkejut kecil.
Irfan memandang Mia dengan serius.
"Barang kenangan mana adela.." Mia melarikan anak matanya ke arah lain supaya tidak bertaut matanya dengan Irfan. Perasaan seram tadi masih lagi belum hilang sejak dari dalam kereta lagi.
"Wei, kau fikir aku bodoh? Selama ni kau couple dengan lelaki kesayangan kau tu takkan takde barang yang kau simpan kan? Mesti ada.." Irfan senyum.
Gulp!
Walaupun Irfan senyum namun senyuman tu tak memberi ketenangan pada Mia. Kerana itulah dipanggil senyuman maut!
Mia mendiamkan diri. Nak bercakap tapi tak sampai. Lidah menjadi kelu.
Irfan bertambah bengang.
Beg roda di tepi almari itu ditariknya. Kemudian satu per satu baju Mia dilempar keluar.
Mia masih tak bergerak. bukan tak nak gerak. Tapi rasa seperti disumpah oleh suaminya untuk menjadi batu.
Beg roda dibalingnya.
Terkejut Mia dibuatnya.
"Aku tanya mana barang tu?!"
"Takdela, kau dah carikan. Memang takde. Lagipun lelaki yang kau cakap tadi tu bukan aku kenal pun. Couple dengan dia lagila." Jawab Mia dengan teragak-agak.
Irfan memandang tajam ke arah Mia.
"Tapi lelaki tu cakap.."
"Kau percaya cakap lelaki tu. Dia tu gila la. Memang setiap hari dia datang rumah aku. Dia kata aku kekasih dia. Tolongla.. Jangan kau kata kau percaya pulak, Kau percaya dengan orang gila ke?" Terang Mia namun dalam penipuan.
Irfan diam sejenak.
Tolong please.. percaya cakap aku Irfan! Jerit Mia dalam hati.
Irfan senyum maut kembali.
Apa pulak dah.....
"Hei, kau dengar sini baik-baik .Kau jangan fikir aku akan percaya cakap kau Mia. Aku takkan kalah. Aku yakin lelaki tu sebenarnya tak gilakan?"
Mia pura-pura mengeluh. "Terpulanglah pada kau. Aku dah cakap tapi kau tak percaya jugak. Ikutlah, kalau kau rasa kau betul." Jawabnya dengan selamba.
Irfan masih tak berpuas hati. "Fine, kau betul. Tapi kau ingat Mia. Aku takkan mengalah macam tu je. Aku akan tetap cari bukti yang lelaki tu memang teman lelaki kau Mia. Aku akan Mia. Aku akan."
Irfan terus melangkah keluar tanpa melihat wajah Mia.
Mia hanya melihat Irfan berlalu keluar dari bilik. Selang beberapa minit...
YES! Mia menjerit kemenangan. Akhirnya,pergi juga si Irfan ni. Gembira sungguh Mia dibuatnya kerana dapat jugak dia kalahkan lelaki tu. Plus, rasa syukur sangat sebab nasib dia sempat beri kotak memori tu pada Akmal kalau tidak.. Mampus!
Tapi, Mia tahu ia hanya untuk sementara. Kerisauan dalam Mia masih belum hilang setelah Si Irfan kata dia akan cari bukti tentang hubungan dia dengan lelaki tu.
Persoalan dimindanya juga muncul. 'Kenapa Irfan terlalu marah akannya?' Bukanlah apa sangat kisah dia dengan si Akmal tu. Tapi macam dianggap terlalu salah bagi dirinya untuk ada bekas kekasih. Bekas kekasih hanyala kisah lama, cinta monyet. Bukan cinta sejati pun.
'Si Ir ni jeles ke ape?' Soalan kedua tak masuk akal timbul di mindanya pula. Mia memikir sejenak.
...
Beberapa teguk air sejuknya diminum. Bibir bawahnya digigit. Satu keluhan dilepaskan. Kemudian, kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepalanya. Masih memikirkan sesuatu.
"Siapa sebenarnya lelaki tu hah?" Soal Irfan pada dirinya. Walaupun Mia telah nyatakan bahawa lelaki tu sebenarnya orang gila. Namun Irfan masih lagi tidak percaya.
Senyuman senget dihiasi di bibirnya.
"Mia. Mia. Mia. Aku akan tetap cari siapa lelaki tu. Supaya senang kerja aku nanti..."
Gelas dibasuhnya dan diletakkan ditempatnya semula.
Anak tangga dinaikinya. Pintu bilik dibuka.
Matanya tertumpu pada susuk tubuh badan Mia yang sedang tidur lena di atas katilnya. Pintu bilik ditutup semula. Langkah demi langkah Irfan mendekati katil tersebut. Baru dia tersedar baju Mia yang dilemparkan tadi sudah hilang. Tak lain tak bukan memang Miala orangnya yang mengemas.
Bila teringat semula kejadian tadi. Timbul perasan serba salah terhadap dirinya.Wajah Mia yang kelihatan samar-samar di dalam bilik gelap ditenungnya agak lama. Kemudian, Irfan merebahkan diri di atas katil bersebelahan dengan Mia. Tiada lansung peraasan gentar dalam dirinya dengan malam pertama bersama Mia.
Baru sahaja mahu menutup suis lampu bilik tidur badannya ditarik lalu dipeluk. Matanya membulat. Agak terkejut dengan perilaku Mia yang tiba-tiba memeluknya dengan mata tertutup. 'Sah budak ni tidur tak sedar apa dah ni.' Irfan bermonolog.
Badan Mia ditolak sedikit supaya Mia melepaskan pelukannya. Namun, perkara itu hanya sia- sia sahaja kerana pelukkan Mia semakin erat berbanding tadi.
Irfan mengeluh. Apa yang dia boleh lakukan, hanya membiarkan sahaja Mia memeluknya. Walaupun niat di hati memang mahu saja dia kejutkan Mia ataupun menolak Mia dengan lebih kasar. Namun niatnya dibatalkan, dia berasa bersalah untuk menganggu Mia yang sedang mengamati tidur lenanya.
Kemudian matanya beralih pada wajah Mia. Rambut Mia yang melindungi wajahnya disisihkan ketepi. Rambut Mia dibelainya. Lembut.
Irfan tersenyum kecil. Matanya terasa berat. Kelip demi kelip lalu terlelap.
![](https://img.wattpad.com/cover/113332573-288-k842080.jpg)
YOU ARE READING
Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)
Romance"Kau ingat aku kahwin ngan kau sebab aku sukalah. Lagi seksa adalah!"- Irfan "Wei, aku dah kahwinla. Baik kau jangan mimpi nak aku!"- Mia "Aku tau aku salah. But please give me one more chance sayang.." - Riz "Erm..memang la abang suka. Tapi dia dah...