BAB 7

216 12 0
                                    


Kunci keretanya dipulaskan. Baru hendak keluar, seorang lelaki telah menahan keretanya.

"Aduhai, mamat ni. Nak apa lagi dia ni?" Rungut Mia.

Pintu kereta sebelahnya dibuka dengan sepantas kilat seorang jejaka sedia ada duduk disebelahnya dengan pintu kereta ditutup semula.

"Kau nak ke mana? Aku ikut kau." Kata seorang jejaka tersebut.

"No.No.No. Kau keluar sekarang. Sibuk jer." Mia jawab dengan selambanya.

"Banyak songeh pula budak bekas kaunter ni. Hei, aku tak kira aku ikut kau juga. Dahla jadi bini orang mengada-ngada nak keluar tanpa izin." Leter jejaka itu lagi.

Kalaulah Mia boleh cekik lelaki arrogance disebelahnya ni, dah lama dia buat.

Mia memandangnya dari atas ke bawah. Tiba-tiba Mia teringat tentang kejadian tadi.

Irfan memandangnya dengan penuh kehairanan. Mana taknya tiba-tiba termenung tengok aku.

Irfan senyum senget.

Pipi Mia dicubitnya.

"Adededeh... Sakit!" Mia menjerit kecil kesakitan setelah dari lamunannya.

"Haa.. Aku dah agak dah. Kau sebenarnya dah terpikat dengan aku kan." Irfan masih dalam senyumnya.

Tangannya dilepaskan.

Mia terus mengusap pipinya berkali-kali. Pipi Mia kian merah sebelah.

"Eii, takde maknanya larh. Perasan." Mia memandang ke arah Irfan dengan buat-buat muka loyanya.

"Jangan risau malam ni tak ke mana..." Irfan bercakap dengan penuh romantis dan menggodakan. Senyum sengetnya masih tak lekang dari bibir Irfan sambil dikenyitkan matanya sebelah.

Mia mula cuak.

Kau saja nak aku tergoda lagikan Irfan. Tak guna punya Irfan, sebab ia memang terkesan pun.

Tanpa membuang masa Mia masukkan gear tanpa berlengah.

"Gila." Ucap Mia perlahan.

Lelaki arrogance ni dah la gila dan sewel plus sexy.. Hihihi...

...

Kotak yang agak besar itu diangkatnya setelah beberapa minit disusun barangnya didalam kotak tersebut serta beg rodanya yang diisi dengan beberapa helai bajunya didirikan . Baru sahaja ingin keluar dari bilik, sebuah kotak kecil di atas meja bilik yang dihiasi dengan reben merah itu menjadi tumpuannya. Kotak itu ditenung agak lama. Seperti ingin mengingati semula isi dalam kotak tersebut.

Langkah demi langkah Mia menuju ke arah kotak tersebut. Kotak tersebut diangkatnya sedikit. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia membuangnya setelah melihat tong sampah kecil disebelah meja itu. Tapi dibatalkan sahaja niatnya. Tanpa membuang masa Mia membawa kotak itu sekali. Sukar dibuangnya. Kerana...penuh dengan..memori...

Mia mendengar keriuhan di depan rumahnya. Penuh kehairanan Mia dibuatnya. Tanpa berlengah, pintu rumahnya dikunci dengan dengan secepat mungkin.

'Siapa pulak yang berdebat ni. Manala aku ada buat pertandingan berdebat kat depan rumah aku ni'. Rungut Mia.

'Asudah' Mia terkedu. Cepat-cepat kotak kecil itu disembunyikan dibawah kotak besarnya.

"Mia!"

Panggilan itu dibiarkan. Dia cuma mengharap lelaki ni pergi dari sini. Matanya kini hanya tertumpu pada Irfan yang sedang berdiri dengan tangannya yang berpeluk tubuh dan mukanya yang seperti..Marah agaknya...?

Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)Where stories live. Discover now