Bab 10

221 12 2
                                    


  Tiap-tiap gambar Mia ditelitinya. Terukir senyuman dibibirnya.

  Gambar Mia yang baharu dilekatnya di dinding. Gambar dielusnya.

  "Mia, you're gonna be mine.. Tak lama lagi sayang..  Awak akan tahu bahawa saya memang cintakan awak, Mia."

  Gambar itu dikucupnya. Kemudian, dia ketawa. Ketawa dengan sepuas-puasnya.

    ...

  "Syakila, nak air? Ni mesti datang dari jauhkan? Mesti penatkan?" Soal Puan Aliza dengan sopan.

  "Ha'ah, memang Syakila penat, aunty.. erm.. sekejap. Macam mana aunty tahu yang Syakila datang dari jauh?" Soal Syakila pula.

  Irfan yang dari tadi memerhatikan perilaku Syakila sudah kian membara. Dengan jawapan  diberi oleh Syakila yang selamba tanpa sopan itu kepada mummynya itu membuatkan hatinya sungguh sakit.

  Puan Aliza hanya membulatkan matanya sedikit. Puan Aliza tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Syakila. Apa yang dia fahami ialah rumahnya dengan Rumah Puan Ainun memang sangat jauh.

  "Apa maksud Syakila?"

  "La, Kila ingat aunty tahu." Syakila tersenyum manis.

  "Kila datang dari Paris!" Sambungnya lagi.

  Puan Aliza membuntangkan matanya. Manakala Irfan yang cuba menahan kesabarannya hampir kemuncak. Dikepalnya kedua-dua tangannya sekuat mungkin. Bila diingatkan semula hari pernikahan mereka. Rupanya si Syakila ni boleh pula menghilangkan diri di Paris saat hari pernikahan mereka sedang berlansung.

  Puan Aliza agak sedikit cemas setelah melihat anaknya yang mula berubah wajahnya.

  "Syakila, kenapa Kila ke sana? Kila lupa ke yang tentang pi-pinangan hari tu?"

  "Of coursela, Syakila tak lupala aunty, sebab tu Kila datang sini jumpa aunty terus."

  "Maksud Kila, Kila pergi Paris tanpa izin mak dan ayah? Lepastu balik jumpa aunty terus? Tak jumpa mak ayah Kila?" Soal Puan Aliza bertalu-talu.

  Syakila menggarukan rambut belakangnya. "Yela, sebab tu Kila datang sini. Nanti kalau Kila pergi balik rumah nanti Kila kene marah. Lagipun, Kila memang rindu with my future husband Kila!" Jawab Syakila dengan yakinnya.

  "Future husband?" Irfan tersenyum sinis. Kini kemarahannya sudah sampai kemuncaknya. "Pergi mampuslah dengan your future husband!"

  Terkejut Puan Aliza dan Syakila dibuatnya saat Irfan yang mula meninggikan suaranya.

  "Kenapa you nak marah sangat dengan I? I bukan pergi lama sangat pun. I pergi Paris jer. You ni.. you memang tak sabar nak kahwin dengan I kan?" Syakila masih tersenyum manis. Lalu bangun dari sofa empuk itu dan terus memeluk lengan Irfan.

  Irfan menarik lengannya dengan kasar. "You hear me Kila. I dah kahwin. Your future husband tu dah kahwinla!"

  Syakila ketawa saat mendengar kata-kata Irfan. "Irfan, did you make some joke? Okay right now, i'm totally laugh." Syakila mengelapkan air matanya yang terkeluar sedikit akibat dari ketawanya tadi.

  Irfan menggelengkan kepalanya. "Laugh if you still can. But i'm telling the true Kila. I dah kahwin."

  Sisa ketawanya dihentikan. "Irfan, this is not funny anymore. Okay? Stop making joke."

  "I'm not." Ringkas jawapan Irfan dengan senyuman sinisnya yang masih tak lekang.

  "Aunty, suruh Irfan ni stop making joke. Kila tak suka." Syakila yang masih degil tetap dengan pendiriannya.

Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)Where stories live. Discover now