Bab 15

220 14 0
                                    

Kotak merah itu dibukanya. Terlihat seutas gelang yang tertulis nama 'MIA' dibawa keluarkan dari kotak. Tiba-tiba memori di mindanya mula mengimbas kembali kenangan.

*Flashback

"Hish, mana entahla si Akmal ni. Lembap betulla dia ni." Rungut Mia selepas melepaskan satu hentaman terhadap meja makan yang di dudukinya.

Jam tangan pula dibeleknya. Jarum pendek dan panjang mula menunjukkan sudah tepat pukul 1.00p.m.

Secara mengejutnya, kain yang secara tiba-tiba muncul dari arah belakang Mia mula menutupi matanya.

Lantas Mia memegang kain tersebut. Terkejutla kan. Siapala tak terkejut.

"Cer, teka siapa ni?" Suara seorang lelaki yang mula menyoal Mia dari belakang.

Pegangan Mia mula dilepaskan. Lalu memandang ke hadapan semula. Seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku. Sudah tahu sangat akan suara siapa yang berada di belakangnya.

Kain di mata Mia mula dilonggarkan. Lalu lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang mengadap meja di hadapan Mia.

"Mia, awak merajuk ke?" Soal Akmal dengan lembut.

Mia melarikan arah matanya daripada bertaut dengan lelaki di hadapannya.

"Takla, cuma menyampah jer." Ucap Mia dengan senyuman palsu yang cuba diukirnya.

"Mia, i'm so sorry sebab datang lambat. Tadi jem.." Balas Akmal dengan nada memujuk.

"Hm. Aku terfikir juga dengan orang yang naik kereta mewah bagai boleh bawa lambat daripada orang yang bawa kereta second-hand ni. Tak faham aku. Pastu boleh buat alasan jem. Haih, kau boleh bagi keterangan tak?" Jelas Mia dan mula menyoal semula ke arah Akmal. Kening sebelahnya juga turut dijongketkan sedikit.

Akmal mengangkat jari telunjuknya menandakan untuk 'tunggu sebentar'. Lalu tangannya diselutkan ke dalam poket seluarnya. Kemudian dikeluarkan Iphone S5 nya yang berwarna biru laut itu. Terserlah lah cahaya dari lampu telefonnya ke arah Mia.

"Ape ni, Akmal?"

Cahaya yang disuluhkan ke arahnya membuat Mia agak sedikit terkejut lalu mengecilkan matanya dan tangannya juga turut diangkat untuk cuba menghalang pencahayaan tersebut. Silau kowt..

"Cukup terang dah kowt.." Jawab Akmal dengan sengihannya.

"Haha. lawaknyer..." Mia menepuk tangan. Tanpa membuang masa kakinya juga mula melangkah keluar untuk beredar dari tempat itu. Makin lama, makin panas pula hatinya dengan orang yang cuba buat lawak hambar ni. Tengah api membara, masih lagi ingin menambah minyak masak.

(Yang ni author saje jer letak minyak masak. Jadi klau korang nak letak minyak tanah ke minyak petrol ke terpulanglah.. XD Author x amik hati pown)

Belum sempat menapak satu langkah, lengannya sudah ditarik untuk duduk semula.

"Mia, janganlah marah sangat. Saya cuma buat lawak sikit pun takkan awak nak marah macam ni kowt.." Ujar Akmal. Lampu Iphone S5 nya mula dimatikan.

Mata Mia mula memandang tajam ke arah anak mata Akmal. Agaknya isyarat mata cukup untuk memberi jawapan.

"Okay-okay. I'm so sorry Mia because i'm too late today. I know it's my fault and I know that I have made a same reason before. But i'm really sorry and please forgive me. Please.." Akmal membalas pandangan Mia dengan matanya yang cuba dibesarkan sedikit. Ala cute gitew.

"Hmm.. yelah." Mia membuat wajah tak endah. Namun, mukanya mula kemerah-merahan sedikit. Penampakan muka cute Akmal ni memang memenangi hatinya.

Akmal senyum gembira. Lalu sebuah kotak kecil di letakkan di atas meja makan di hadapannya.

Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)Where stories live. Discover now